Sunday, February 16, 2014

PAK BRAHIM SYOR PADA SPR MEMINDA SYARAT CALON PRU........

AHAD, 16 FEBRUARI 2014
SPR DISARAN HANYA BENARKAN ANAK JATI KAWASAN TANDING KERUSI DUN
BERITA baru yang IBM dapat hari ini. Agak menarik juga untuk dikongsikan bersama. Ianya mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disarankan  untuk meminda syarat calon pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mewajibkan hanya anak jati sesuatu kawasan itu layak untuk bertanding.
Sumber yang IBM dapat, perkara tersebut di cadangkan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali atau Pak Brahim. Katanya, ia bagi membendung 'penyakit' segelintir ahli politik yang bertindak mencalonkan diri untuk bertanding di mana-mana kawasan yang mereka sukai untuk kepentingan diri. Contohnya apa yang sedang berlaku di DUN Kajang sekarang ini. 
Di Kajang apa kurang dengan anak jati kawasan itu. Ramai cerdik pandai, kenapa kita nak izinkan perkara ini berlaku (orang luar bertanding), pilihan raya bukan proses mudah, ia libatkan kepentingan semua orang, kata Pak Brahim. Ada lojiknya. IBM setuju dengan cadangan dan pandangan Pak Brahim tu.
Rakan IBM dari Perkasa memaklumkan kepada IBM bahawa cadangan dari Datuk Ibrahim itu dibuat semasa Datuk Ibrahim ditemui pada Majlis pengisytiharan Barisan Kepimpinan Perkasa peringkat negeri  hari ini (Ahad). Dari satu sudut lain, Pak Brahim melihat pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan berlangsung 23 Mac ini disebabkan wakil rakyatnya dari PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan adalah menyusahkan pengundi di kawasan berkenaan dan tidak menyuburkan amalan demokrasi.
Diatas kekosongan itu yang sengaja dirancangkan, Pakatan pembangkang telah menamakan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihan raya kecil DUN Kajang. Kononnya untuk memudahkan lagi Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Apapun, pandangan Pak Brahim itu memang satu pandangan/cadangan yang baik, tapi, dari sudut lain pulak, mungkin akan menyukarkan perjalan arus politik di seluruh negara kerana ramai dikalangan ahli-ahli politik bukan semuanya anak tempatan.

Ini yang agak merumitkan. Nanti ada yang merajuk pulak. Mereka dah lama berpolitik dan berbakti di negeri yang mereka duduki, tiba-tiba hasrat mereka untuk bertanding sebagai wakil rakyat di sekat dengan kemasukkan syarat-syarat baru oleh SPR. Itu pun kalau diluluskan atau diterima oleh SPR nanti. Maka, SPR kenalah memikirkan dengan sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Jangan sampai menguntungkan pakatan pembangkang sudahlah. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...