Thursday, February 27, 2014

KU NAN YAKIN CHEW MEI FUN BOLEH TUMBANGKAN ANWAR BERAHIM PRK KAJANG

KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014
PUTRAJAYA: Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun mempunyai kemampuan dan berpeluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Chew yang juga naib presiden MCA mempunyai pengalaman menjadi wakil rakyat kerana pernah menjadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal mulai 1999 hingga 2008. "Chew merupakan calon terbaik BN dalam memastikan kemenangan BN dalam PRK Kajang kerana DUN Kajang merupakan kawasan yang pernah dimenangi BN beberapa kali menerusi calon MCA pada pilihan raya yang lepas sebelum pembangkang memerintah negeri Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada epemberita selepas melakukan cabutan undi untuk Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor peringkat Sekolah-Sekolah di Putrajaya 2014 di sini Rabu. Tengku Adnan berkata demikian ketika ditanya sama ada Chew berpeluang menang pada PRK Kajang dan mampu menarik pengundi atas pagar yang merupakan antara faktor penting dalam memastikan kemenangan BN kelak. Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas untuk memberi laluan kepada Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata pembangkang secara sengaja menggunakan pihak berkuasa tempatan untuk menurunkan poster-poster berkaitan BN di sekitar Kajang. "BN tidak melakukan perkara itu (menurunkan poster parti lawan) apabila memerintah sesebuah negeri..tak mengapa itu cara pembangkang, apa yang penting semua parti komponen BN harus bekerja keras dalam PRK DUN Kajang dalam memastikan kemenangan BN kelak," katanya. Tengku Adnan juga berkata persiapan jentera BN untuk PRK DUN Kajang berjalan lancar dan hari ini beliau menghadiri mesyuarat pengurusan BN yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mesyuarat itu membincangkan mengenai persiapan dan perancangan parti komponen BN menghadapi PRK DUN Kajang, katanya. Mengenai kejohanan liga bola sepak itu, Tengku Adnan berkata ia akan dimulakan dengan kategori di bawah 18 tahun mulai 8 Mac hingga Jun depan dan bagi kategori 15 tahun dan 12 tahun pula akhir tahun ini untuk mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan pelajar. Sebanyak 10 sekolah menengah dan 11 sekolah rendah di Putrajaya menyertai kejohanan itu dengan hadiah RM10,000 untuk setiap kategori, katanya. Sumber - BERNAMA
P/S ~ Bukan setakat Ku Nan sahaja yang yakin, kita orang pun yakin yang Datik Paduka Chew boleh tumbangkan Anwar Berahim di Kajang nanti. Sayangi Selangor, Yakini BN. BN boleh!. Insyallah. ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...