Friday, February 28, 2014

ANWAR BRAHIM AKAN PENGSAN BILA BACA BERITA INI.......

JUMAAT, 28 FEBRUARI 2014
BERITA yang sudah tentu Anwar Brahim tak mahu dengar. Bila IBM kaji dan kaji memang ada lojiknya dan ianya boleh berlaku. Peratusan undi kepada calon BN di Dun Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun dijangka bertambah berbanding PRU13 lalu. Itu yang diramalkan oleh pakar Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan (gambar bawah kanan). Katanya, Chew Mei Fun diramalkan mampu mendapat sokongan terbesar daripada penduduk Melayu yang meliputi 48 peratus pengundi berdaftar di Kajang.Ini kerana pengundi Melayu telah belajar dari kealpaan PRU13 di mana sokongan pengundi Cina secara menyeluruh kepada PR hampir menumbangkan kerajaan BN.  Berdasarkan statistik PRU13, hampir 60 peratus daripada keseluruhan pengundi Melayu Kajang memberi sokongan kepada BN iaitu calon dari MCA.

Tetapi bagi pandangan IBM, PRK Kajang adalah berbeza semasa PRU13. Pengajaran dari PRU13, pengundi Melayu akan mengalih sokongan kepada BN. Malah, tidak mustahil peratus sokongan pengundi Melayu kepada BN mampu melonjak sehingga 80 peratus, begitu juga pandangan Dr Azmi  Mengikut kajian pengundi, Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar dan daripada jumlah ini 48 peratus ialah pengundi Melayu, 41 peratus Cina, 10 peratus India dan lain-lain 1 peratus. Mengimbas kembali keputusan PRU-13 lalu, calon PKR Lee Chin Cheh menang setelah memperoleh 19,571 undi dengan majoriti 6,824 undi.

Manakala, calon MCA, Lee Ban Seng kecundang dengan mendapat hanya 12,747 undi. Bagi PRK 23 Mac ini, Chew Mei Fun bukan sahaja berdepan dengan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  malah beliau akan ditentang oleh dua calon bebas iaitu Datuk Zaid Ibrahim dan S Nallakaruppan. Kata Dr Azmi lagi, undi protes daripada pengundi Cina dijangka menjejaskan sokongan kepada PKR dan memberi kelebihan kepada BN. Semasa PRU13 lalu, sokongan pengundi Cina kepada PKR adalah 80 peratus dan besar kemungkinan akan menurun sebagai tanda protes. 

Protes pengundi Cina dijangka berlaku kerana PRK Kajang tidak akan mengubah status quo kerajaan PR di Selangor. Manakala, Chew Mei Fun mampu meraih pengundi Cina yang sebelum ini mengundi PKR berlandaskan tiga faktor iaitu kepimpinan baharu MCA, undi protes terhadap PKR kerana seakan-akan mempermainkan pengundi dan undi simpati daripada pengundi wanita. Gabungan tiga faktor ini mampu memperbaiki sokongan 20 peratus pengundi Cina kepada BN semasa PRU13 kepada hampir 40 peratus dalam PRK Kajang, katanya.

Maka, bolehlah kita mengambil kesimpulan disini bahawa laluan Anwar Brahim pada PRK DUN Kajang bulan 23 March ini bukanlah jalan yang mudah buatnya untuk memenanginya kerana calon kita, Cik Chew Mei Fun yang  dianggap sebagai 'underdog' akan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. Anwar Brahim sudah tentu tidak dapat tidur lena. Diberitakan Anwar Brahim kini sedang berada di Jepun. Sama-sama kita berkerja kuat dan berdoa agar BN memperolehi kejayaan. Ayuh semua, kita londehkan seluar Anwar Brahim di kajang. Wasallam.
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. La...patut la...orang Indonesia panggil Anwar...BABI... BAPAK ANWAR BIN IBRAHIM (B.A.B.I).

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ Asal Bukan DAP (ABDAP)

      Betul...betul...tepat sekali Pak..hehehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...