Tuesday, February 25, 2014

MAMPUKAN MCA BANGKIT DI KAJANG SELEPAS TERIMA TAMPARAN HEBAT PADA PRU-13 LALU?

SELASA, 25 FEBRUARI 2014
Banyak spekulasi tentang  punca kekalahan teruk  MCA dalam PRU13 yang lepas. Selain daripada faktor  asakan dan tohmahan dari DAP terhadap MCA, mereka juga menghadapi masalah dalaman apabila Barisan Nasional telah ditolak oleh ahli MCA sendiri dalam PRU13 yang lepas. Ekoran dari keputusan prestasi MCA  yang amat teruk dalam PRU13 yang lepas  maka MCA telah membuat keputusan untuk tidak mempunyai wakil dalam kerajaan.  Dalam PRU13 mereka  hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) berbanding 90 kerusi Parlimen dan 37 kerusi Dun yang dipertandingkan. Akibat dari tindakan MCA  yang tidak menyertai kerajaan untuk menjaga “air muka” maka mereka  tidak dapat berupaya   bertanggungjawab sepenuhnya bagi  membantu masyarakat Cina akibat ketidakhadiran mereka dalam kerajaan.

Hakikatnya MCA  hanya boleh bertanggungjawab dan menjalankan tugas sebagai parti pemerintah dengan syarat ia mengambil bahagian sepenuhnya dalam kerajaan.Oleh itu  Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA  yang telah  meluluskan resolusi untuk menerima jawatan kerajaan di semua peringkat  untuk  membuka laluan bagi parti itu kembali semula ke Kabinet amatlah di alu-alukan. Keputusan itu memang sudah dijangka dengan hampir semua 1,982 anggota perwakilan pusat, yang menghadiri mesyuarat itu di Wisma MCA, mengundi dengan cara mengangkat tangan. Namun begitu MCA perlu mencari jalan terbaik bagi memastikan ahli MCA sendiri tidak berpaling tadah terhadap Barisan Nasional. 

Mereka perlu faham kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu. Semua ahli MCA perlu faham ketuanan Melayu, Jus Soli dan perjanjian pra kemerdekaan.  Dengan ini ahli MCA tidak akan mudah termakan hasutan DAP dan pembangkang. Kepimpinan Chua Soi Lek telah menyebabkan MCA dipersendakan  dengan masalah moral beliau berikutan pendedahan video lucah.  Ini membuktikan bahawa masyarakat Cina sebenarnya masih terkesan dengan masalah moral pemimpin mereka.  Namun penerimaan masalah moral dikalanagan para pemimpin pembangkang bagaikan  satu misteri.  Sebenarnya jawapan kepada misteri itu amat mudah. Pembangkang sudah sinonim dengan kejahatan dan rendah moral. 


KATAKAN TIDAK PADA ANWAR BERAHIM..KATAKAN TIDAK PADA ANWAR BERAHIM...
Maka masalah moral pemimpin pembangkang telah  menjadi isu yang terlalu kecil untuk  dibawa. Ini amat bertentangan dengan para pemimpin Barisan Nasional kerana  Barisan Nasional lah yang dianggap sebagai pemerintah sebenar  negara.  Maka amat penting Barisan Nasional itu selari dengan fitrah sebenar  pemerintahan yang bersih, adil dan telus.  Barisan Nasional  amat sinonim dengan kebaikan, keamanan, ketenteraman, kemakmuran dan nilai moral yang tinggi. Oleh itu sejak Liow mengambil alih kepimpinan MCA pada 21 Disember tahun lepas maka satu transformasi moral berlaku dalam MCA.
  
Beliau  menyuntik kewarasan dalam MCA  apabila berulang kali menyatakan bahawa ketiadaan MCA dalam kerajaan sejak sembilan bulan lepas telah menjejaskan usahanya untuk memberi khidmat dengan berkesan kepada rakyat terutamanya berkaitan isu-isu pendidikan dan Kampung Baharu Cina. Walaubagaimanapun PRK Kajang ini memang menjadi medan  penting untuk MCA.  Mereka secara langsung  memikul amanah dan tanggungjawab ini bagi menegakkan dan menghormati semangat demokrasi yang dipersendakan Anwar Ibrahim. Kita dalam Barisan Nasional amat tertunggu-tunggu  perubahan positif yang bakal berlaku  dalam PRK Kajang nanti. [Sumber Petikan Mykmu.net] 

P/S ~ IBM yakin MCA boleh. Kerana risikkan yang IBM buat, walaupun bukan menyeluruh, besar kemungkinan pengundi Cina di Kajang akan menolak Anwar. Ini kerana mereka telah ditipu oleh wakil rakyat PKR yang abaikan tanggun jawabnya sebagai wakil rakyat di Kajang dan akhirnya meletakkan jawatan. Tidak kali ini, kata mereka. Insyallah, kita kan lihat politik Anwar Berahim akan berkubur di Kajang. Cakap besar tidak, tapi, wajah-wajah kemenangan untuk BN terserlah. Apa yang perlu kita kerja kuat ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. xpayah ckp byk!!ahli MCA sendiri yg undi PR..mana mungkin 90% cina undi PR klu org MCA tak undi!!sepatutnya PARTI PENGKHIANAT MCM MCA NI HARUS DIAJAR DULU!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ ipohmarley,

      Salam Admin,

      Mungkin itu tands protes mereka kpd MCA kerana pada masa tu terlalu byk krisis dalam parti MCA. Presidenya dgn isu video lucahnya dan byk lagi yg membuat org2 cina hilang kepercayan pd MCA. Tapi kini, ada sedikit perubahan. Org2 cina sudah mula kembali menyokong MCA. Harap ianya berterusan pada PRK DUN Kajang nanti. Insyallah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...