Wednesday, February 12, 2014

KERANA NAK MENANG, ANWAR SANGGUP LANGGAR UNDANG2 PILIHAN RAYA..UNDANG2 BAPAKK DIA KOT!

RABU, 12 FEBRUARI 2014

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan tarikh pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23hb March, manakala penamaan calon pada 11hb March. Tapi, di Kajang, hampir setiap malam calon Pakatan Rakyat turun berkempen. Kalau diikutkan memang tak adil kerana belum sampai tarikh untuk berkempen. Walaupun ada pihak yang mempertikai hal tersebut, tapi, Pakatan Rakyat buat-buat pekak dan meneruskan kempen mereka. Bila ditanya, kata mereka itu tidak salah. 

Itu yang sedang dilakukan oleh calon pilihan raya kecil  (PRK)Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak akan melayan “dakwaan tidak berasas” bahawa beliau melanggar undang-undang dengan berkempen dan memancing undi terlalu awal. Bekas pemimpin PKR yang kini bergiat dalam PERKASA Ruslan Kasim (gambar kanan) sebelum ini antara yang mempertikaikan langkah Anwar yang mengadakan siri ceramah di Kajang minggu lalu.


Anwar pula berkata, BN sudah memulakan kempen menentangnya melalui media masa yang dikawal kerajaan. Tanya pada TV3, katanya.  Adakah mereka tidak lancarkan kempen ganas... setiap hari, lebih banyak hero yang bercakap (tentang beliau), kata Anwar kepada pemberita di sebuah hotel di Damansara, Kuala Lumpur semalam.


Walau siapa sekali pun yang mempertikaikan perihal Anwar berkempen dan memancing undi lebih awal, bagi Anwar itu bukan masalah besar dan beliau tidak gentar dengan ugutan yang kononnya SPR akan mengambil tindakan. Ini kerana Anwar tahu tidak ada undang-undang yang boleh menahan seseorang calon yang bertanding di dalam Pilihan Raya semata-mata kerana berkempen sebelum tarikh yang dibenarkan.

Bagi IBM, biarkan si Nuar tu. Kenapa nak kecoh-kecoh. Lantak pi lah dia nak berkempen awal ke, lambat ke, itu hal dia. Kita serahkan kepada pengundi-pengundi di Kajang. Biar mereka yang buat keputusan. Kalau tuhan tidak mengizinkan, berkempen sekuat mana pun, Anwar akan tewas juga. Maka, berkuburlah impian si al-juburi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Segala-galanya Allah swt akan menentukannya, Kita tungguuuuuuu. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...