Monday, February 24, 2014

DRAMA 7 GOL. LIVERPOOL KALAHKAN SWANSEA CITY 4 - 3

ISNIN, 24 FEBRUARI 2014

SEMBANG SUKAN BOLASEPAK BPL
LIVERPOOL -- Pertandingan yang begitu  sengit di  Stadium Anfiel dalam persaingan English Premier League (BPL) antara Liverpool melawan Swansea City, perlawanan hujung minggu. Kedua-dua pasukkan mula menyusun Strategi untuk menjaringkan gol. Namun akhirnya Liverpool yang keluar dengan kepala tegak kerana menang dengan keputusan yang tipis 4-3. Liverpool sepertinya akan menang mudah saat Daniel Sturridge menciptakan gol pertama Liverpool di minit ke 3'. Sturridge tidak mensia-sia umpanan  dari Raheem Sterling untuk menumpaskan keeper Swansea.
Tuan rumah kian menyerlah di minit ke 20'. Kali ini didahului pergerakan Strurridge yang kemudian mengarahkan bola ke Henderson. Lewat sepakan keras dari luar kotak penalti, Hendersen mengobek  gawang Swansea untuk kali kedua. Namun Swansea segera bangkit. Dalam tempo empat minit, Swansea berhasil menciptakan dua gol, masing-masing melalui Jonjo Shelvey minit 23' dan Wilfried Bony minit 26'. Beruntung Liverpool berhasil kembali unggul di hadapan pada minit 36'. Gol Liverpool kembali diledakkan oleh Sturridge yang kali ini meyudahkan umpan dari Luis Suarez.
YOU'LL NEVER WALK ALONE...YOU'LL NEVER WALK ALONE
Namun Swansea belum menyerah kalah di babak kedua. Dua minit setelah berehat di separuh pertama, Swansea dihadiakan sepakan penalti setelah Skrtel menjatuhkan Bony di dalam kotak penalti. Bony tidak mensia-siakan peluang itu. Score  berubah  menjadi 3-3. Liverpool yang tak mau malu di laman sendiri terus menerus memburu gol kemenangan. Tuah bersama Liverpool datang di minit 74'. Bermula dari sepakan Suarez yang di tampan oleh penjaga gol Swansea melantun kehadapan kemudian disambar oleh Hendersen yang menyepak masuk dengan kencang untuk  men catatkan  gol ke-4 untuk Liverpool, gol kemenangan. 
Detik-detik jaringan gol dari Liverpool

Di akhir pertandingan, Swansea cuba  mengejar untuk menyamakan kedudukan sekurang-kurang boleh berkongsi mata, namun sudah terlambat, scorenya tetap 4-3 untuk Liverpool. Dengan Kemenangan ini Liverpool kekal di tempat ke 4 atau zona Liga Champions. Bermain 27 perlawanan, Liverpool kini mengumpul 56 mata 6 mata mengatasi Tottenham di tempat ke 5.
P/S ~ Lega bila wisel penamat ditiup oleh pengadil. Perlawanan yang hebat pada malam ini. Jelas, pertahanan Liverpool yang banyak membuat kesilapan sehingga Swansea dapat menjaringkan gol demi gol sehingga dapat menyamakan kedudukan di separuh kedua. mujurlah Henderson menjadi penyelamat. Apapun tahniah kepada Swansea City yang hampir-hampir mencuri satu mata di Anfield. Good luck pada The Reds untuk perlawanan seterusnya. Tapi, "You'll Never Walk Alone" ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...