Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiasat dengan terperinci penglibatan seorang pelakon sitkom 88 Kopitiam yang disiarkan di TV2 kerana didakwa terlibat dalam klip video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina pada 31 Januari lalu. Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail (gambar kanan) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya turut mengarahkan sitkom berkenaan diberhentikan siarannya buat sementara waktu. "RTM akan memanggil penerbit program berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut dan akan memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebelum ini dikecam kerana menghasilkan klip video ("Onederful" Malaysia CNY 2014) selama 11 minit 39 saat yang turut memuatkan sindiran dan fitnah berhubung krisis keselamatan di Sabah dan mengaitkannya dengan isu diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina. Bagaimanapun, Teresa menganggap tindakannya itu hanya sebagai satu lawak jenaka yang menyindir isu semasa di negara ini sambil memperlekehkan pihak kerajaan dan polis kerana bersikap double standard apabila mahu mengambil tindakan terhadapnya berikutan isu tersebut.
Dalam pada itu, Norhyati berkata, RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program yang memburukkan nama dan imej negara. "RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama serta imej negara dan tindakan tegas akan diambil," katanya. Sitkon 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7.00 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina yang berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja.
Yang mana satukah pelakun Sitkom 88 Kopitiam yang dikatakan terbabit dengan video klip yang diterbitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok@Cock baru-baru ini?.......Cuba teka. Tapi, IBM dapat agak dah (gambar yang dibulatkan) seperti diatas tu. Agaknya le....hehehehe. Apapun, kita tungguuuuuuu. Wasallam.
Yang mana satukah pelakun Sitkom 88 Kopitiam yang dikatakan terbabit dengan video klip yang diterbitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok@Cock baru-baru ini?.......Cuba teka. Tapi, IBM dapat agak dah (gambar yang dibulatkan) seperti diatas tu. Agaknya le....hehehehe. Apapun, kita tungguuuuuuu. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"