SEMBANG-SEMBANG BOLA : BPL
Hebat Liverpool Tewaskan Arsenal 5-1. Liverpool menumpaskan pendahulu liga, Arsenal 5-1 di Anfield pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu. The Reds tampil menjaringkan gol seawal minit pertama permainan melalui Martin Skrtel sebelum pemain pertahanan itu menambah gol kedua minit ke-10.
Arsenal gagal menghalang Liverpool untuk menambah satu lagi gol minit ke-16 melalui Raheem Sterling, manakala Daniel Sturridge mengesahkan gol keempat dalam tempoh 20 minit. Selepas ketinggalan 4-0 pada babak pertama, Arsenal cuba bangkit pada separuh masa kedua, namun agak terlewat apabila anak buah Brendan Rodgers, Sterling menjaringkan gol kedua dirinya, manakala gol kelima buat Liverpool pada minit ke-52.
Pun begitu, Arsenal berjaya mencuri satu mata melalui sepakan penalti minit ke-69 melalui Mikel Arteta. Sementara itu, Liverpool mencatat jaringan 4-0 tempoh terpantas dalam sejarah bola sepak Liga Perdana Inggeris. Bagaimanapun kemenangan ini masih belum melayakkan The Reds berada di kedudukan teratas dengan 50 mata, dalam 25 perlawanan.
Biarpun tewas, Arsenal masih lagi berada di puncak liga dengan 55 mata dalam 25 perlawanan. Kedudukan itu pastinya akan berubah sekiranya kemenangan berpihak Manchester City (53) dan Chelsea (53) yang turut beraksi lewat malam Sabtu. Man City bertemu Norwich City manakala Chelsea menerima kunjungan Newcastle di Stamford Bridge. Hebat Liverpool Tewaskan Arsenal 5-1.
Woww! Hebat. Liverpool memang hebat. Majulah sukan bolasepak untuk negara. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"