Monday, February 24, 2014

OPERATOR KILANG TERLEPAS HUKUMAN MATI

ISNIN, 24 FEBRUARI 2014

MAHKAMAH
ALOR SETAR : Seorang operator kilang terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Ahad melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zakiah Kassim (gambar kecil kanan) membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwa raya gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Ahmad Fauzi Ismail, 36. Ahmad Fauzi didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 6,782.8 gram di tempat letak kereta hadapan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kubang Pasu, Jitra kira-kira 9.30 pagi pada 5 Ogos 2011.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Abd Rashid manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh. Sebelum ini, Ahmad Fauzi dan isterinya, Faizah Hamzah, 39, pengusaha butik di Kulim, dituduh secara bersama melakukan kesalahan itu.
Namun, Faizah dilepas dan dibebas di akhir kes pendakwaaan tanpa dipanggil membela diri pada 20 Okt 2013, manakala Ahmad Fauzi perlu membela diri. Pasangan berasal dari Kulim itu mempunyai empat anak. - BERNAMA
P/S ~ Nasib baik le umur tu panjang lagi. Lain kali sendiri mahu ingat. Tinggalkan kerja yg bodoh tu. Kali ini lepas, kali kedua belum tahu lagi. Ingat, tali gantung sentiasa menanti jika anda jika salah langkah. Katakan tidak pada dadah, musuh no 1 negara. ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...