Thursday, February 20, 2014

Polis Rampas 10 Kenderaan Mewah

KHAMIS, 20 FEBRUARI 2014
KUALA LANGAT :  Polis merampas 10 kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM1.4 juta yang dipercayai digunakan sindiket penyeludupan di persisiran pantai berdekatan Batu Hampar, Jugra, Banting di sini, Khamis. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kesemua kenderaan terbabit ditinggalkan anggota sindiket semasa polis menyerbu persisiran pantai itu pukul 6 pagi. "Kereta mewah yang dirampas terdiri daripada sebuah Toyota Camry, dua jenis Toyota Vellfire, sebuah Toyota Alphard dan enam Toyota Estima yang sebahagian besar nombor pendaftaran dan nombor casisnya telah ditukar.

"Tiada sebarang tangkapan dibuat dalam kes ini apabila kesemua anggota sindiket sempat melarikan diri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini. Beliau berkata hasil maklumat risikan selama sebulan, pasukan petugas khas IPD Kuala Langat mendapati kesemua 10 kenderaan itu dipercayai digunakan untuk mengangkut barangan seludup seperti rokok dan minuman keras dari negara lain menerusi persisiran pantai untuk diedarkan bagi pasaran tempatan sekitar Lembah Klang.
Katanya, risikan polis mandapati anggota sindiket terbabit aktif menyeludup barangan di kawasan pesisiran pantai sekitar Selangor dan kerap menukar lokasi menyeludup barangan terbabit bagi mengaburi pihak berkuasa. Sementara itu, Mohd Shukri berkata daripada 10 kenderaan yang dirampas, lima daripada kenderaan itu dilaporkan hilang di sekitar Puchong, Salak Selatan, Jinjang, Kajang dan Putrajaya baru-baru ini. BERNAMA

P/S ~  Kes kecurian atau penyeludupan kenderaan mewah menjadi-jadi sekarang ni. Ini kerana pemintaan ke atas kenderaan mewah begitu tinggi. Apa tujuan sebenarnya penyeludupan tersebut sukar di beri jawapan. Adakah untuk di pakai sendiri atau alat gantinya yang dikatakan agak mahal sekarang ini. Apapun tahniah kepada PDRM yang berjaya mengagalkan percubaan menyeludup kenderaan tersebut. Awasi kenderaan anda kerana jenayah ada dimana-mana. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...