Sunday, February 16, 2014

KERETA WARTAWAN TV3 DITEMUI KEMBALI....

AHAD, 16 FEBRUARI 2014
INI le kot kereta wartawan TV3, Datuk Kartam Singh Walian yang dilaporkan hilang yang mana IBM paparkan di blog IBM  dan blok-blog yang lain juga. Akhirnya ditemui juga. Mengikut sumber dari Polis Johor, mereka menemui kereta Wolkswagen Passat (sama model seperti gambar diatas) milik wartawan TV3 Datuk Karam Singh Walia di sebuah rumah di Kempas, Johor Bahru awal pagi tadi. 

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, tiga suspek berumur antara 36 hingga 39 tahun yang dipercayai pakar dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kereta turut ditahan.  Kereta itu dilarikan dari rumah Karam Singh di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor pada 13 Februari (Khamis) lalu. 

Menurut kata Ketua Polis Johor tersebut,  turut ditemui ialah dua buah kereta lain dan pelbagai barangan yang dipercayai turut dicuri.  Polis percaya kumpulan ini mempunyai rakan subahat yang lain dan pihak polis akan menjalankan siasatan untuk mengesan mereka, katanya. Datuk Mohd Mokhtar berkata suspek akan diserahkan kepada polis Selangor untuk tindakan susulan.

Setakat ini, wartawan TV3 tersebut, Datuk Karam Singh Walia belum dapat ditemui untuk ditemuramah. Akhir kalam, sekali lagi IBM nak berpesan. Hati-hati kerana jenayah ada dimana-mana. Laporkan segera kepada pihak polis sekiranya ada perkara yang mencurigakan berlaku didepan mata kita. Wasallm.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...