Tuesday, February 25, 2014

PEMUDA UMNO BERSEDIA SERANG DAN GEMPUR ANWAR DI KAJANG!!

SELASA, 25 FEBRUARI 2014
Anwar, ko jangan ingat terlalu selesa dan terlalu yakin yang ko akan menang di PRK DUN Kajang pada 23 March ini. Ko akan ditentang habis-habisan oleh semangat waja dari Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Jangan ingat ko boleh tidor lena dan berkempen sesuka hati ko je. Ini kerana Pemuda Umno telah berikrar akan bertindak sebagai ejen pembongkar kepincangan pentadbiran kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac depan. Ini bukan cerita dongeng Pak Pandir, tapi ianya akan dilakukan dengan penuh bersemangat.

Semangat ini telah luahkan oleh Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun (gambar kanan) dan berkata , Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang di Selangor perlu memberi kesedaran kepada pengundi mengenai kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat. Maka, bila masuk (bertanding) sebagai pembangkang, kita kena cari salah-silap pihak lawan, kalau ada masalah rakyat atau komuniti...kita kena beritahu bahawa kerajaan Selangor yang ada sekarang ini kena diperbetulkan dan harus di tukar kerana mereka (PKR) tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemerintah. Maka, untuk membetulkan permasalahan tersebut...itu adalah peranan Pemuda, katanya. 
Seperti yang kita semua maklum, wakil kita dari Barisan Nasional (BN) seperti yang telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, adalah wakil dari MCA, iaitu Naib Presidenya, Datin Paduka Cik Chew Mei Fun yang bagi IBM tak kurang hebatnya dan memang banyak pengalaman di dalam politik. Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertaruhkan manusia 'sesumpah' yang mempunyai masalah moral, gila kuasa, penipu dan banyak lagi, iaitu Datuk Seri Anwar Berahim untuk mempertahankan kerusi tersebut.  
Mengenai persiapan Pemuda UMNO, mengikut kata Khairul Azwan, Pemuda Umno sudah menggerakkan jenteranya khusus bagi mendekati pengundi muda di DUN berkenaan. Jelasnya selain mengambil pendekatan mengadakan pertemuan secara peribadi dan berkelompok, jentera sayap itu juga giat mendekati pengundi dan menyampaikan maklumat menerusi media sosial. Perlu di ingat, kita masuk gelanggang sebagai pembangkang, kita 'underdog'. Jadi jentera pemuda juga masuk sebagai pembangkang. Semangat Pemuda-Pemuda kita berkobar-kobar untuk menang. Kita datang dengan mentaliti untuk menang, katanya.
Syabas Pemuda. Kita goncang DUN Kajang, kita pastikan Anwar tercungap-cungap untuk menagkis serangan dari Pemuda dan kita londehkan seluar manusia yang angkuh ini yang telah banyak menyusahkan rakyat dan negara semata-mata nak berkuasa, menjadi Perdana Menteri, tapi, kempunan tak berhasil kerana tuhan tidak izinkan, kini ingin pulak nak jadi Menteri Besar. Kata Anwar Berahim, Menteri Besar pun jadilah. Besok, bila dah mampus, tidak le mata tu celek kerana kempunan. Memang liat pun si Nuar Berahim ni nak mampus. Maaf le ye...kasar sikit bahasa IBM hari ini. Geram beb. Hehehehe ~ Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...