'SESUMPAH' ni bukanya tahu malu. Dia akan cuba dan cuba lagi. Tebalkan muka, rayuan demi rayuan dibuat walaupun telah di tolak oleh Mahkamah. Dia merayu lagi. Semalam, Ketua Pembangkang, Anwar Berahim membuat rayuan buat kali ketiga memfailkan permohonan untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kenapa nak dengar rayuan si peliwat ni. Teruskan je, jangan tangguh lagi. Masa sudah sampai, sumbatkan si Nuar Berahim ni ke dalam penjara. Baru aman negara ni.
Mengikut sumber dari Mahkamah, permohonan yang akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 3 Mac ini dibuat atas alasan peguam terbabit pernah didapati bersalah melanggar peruntukan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan dikenakan hukuman denda RM5,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Majlis Peguam pada 5 Oktober 2012. Permohonan tersebut difailkan pada Selasa lalu. Baru-baru ini Anwar gagal lagi dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwatnya. Ada je alasan si peliwat ni nak melenggahkan kes nya. Puiii! Takut ke apa?
Sementara itu, pasukan panel hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Zulkefli Ahmad Makinudin (gambar atas kanan) memutuskan, permohonan Anwar Berahim tidak berjaya ekoran terdapat kenyataan luar yang hanya dibawa ke Mahkamah tetapi tidak ditampilkan bersama bukti kukuh. Maka, keputusan Mahkamah selepas melihat keputusan itu, untuk mengesahkan kelayakan Tan Sri Shafee menjadi pendakwaraya ekoran kenyataan Mat Zain yang hanya dibuat diluar dan beliau tidak hadir. Jadi Mahkamah tidak boleh menerimanya, kata Hakim Besar Malaya itu. Jesteru, elok benarlah Mahkamah menolak rayuan ke tiga Anwar Berahim tu. Apa kata kita iringi dengan pukulan kompang bila Nuar Berahim di hantar ke Sg Buloh nanti. Hehehehe. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"