Saturday, February 15, 2014

RUMAH WARTAWAN TV3 DIMASUKI PENCURI..

SABTU, 15 FEBRUARI 2015
BERITA yang mengemparkan jugak. Kaya benar ke Datuk Karam Singh Walia sehingga pencuri sangup memecah masuk ke rumahnya, semalam? Kejadian itu hanya disedari oleh isterinya, 55, yang pulang ke rumahnya di Taman Sri Andalas jam 4 petang dan terkejut melihat pintu pagar telah dirosakkan.

Sumber dari polis melalui Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, perompak membawa lari Televisyen dan barangan berharga milik mangsa. Menurutnya, kereta milik Karam Singh jenis Volkswagen Passat (Gambar bawah kanan sebagai hiasan) turut dilarikan suspek.

IBM rasa, pencuri berkenaan memang dah lama mengintip perjalanan keluar masuk Datuk Karam Singh Walia dan keluarga beliau. Pencuri tersebut menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Akhirnya mereka (pencuri) tersebut berjaya dengan misi mereka. Selain dari Televisyen dan beberapa barang berharga yang dilarikan pencuri, mungkin ada lagi barang-barang yang berharga turut dilarikan, tapi, masih dalam siasatan polis.

Maklumat selanjutnya akan kejadian yang menimpa Datuk Karam Singh akan IBM cuba dapatkan secepat mungkin, insyallah. Oleh itu, kepada semua, berhati-hati kerana jenayah ada dimana-mana. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...