RUPANYA di dalam PKR pun dah ujud apa yang dinamakan 'Skool Of Lawak'. Nak tiru Astro ke? Apa tidaknya. Terlalu banyak perkara yang melucukan dan lawak yang berlaku di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak ke semenjak ini. Antaranya, pergeselan, konflik antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali berterusan. Kecoh tak habis. Lepas satu, satu isu yang timbul diantara dua pemimpin PKR ni. Nampaknya, drama pancung-memancung berterusan diantara mereka ini. Maka tak salah kalau IBM katakan telah ujud sebuah episod lawak di dalam PKR seperti yang IBM sebut diatas sana.
Tanpa berselindung, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara terang-terang membuat kenyatan secara terbuka bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali belum mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan untuk menerajui parti itu. Itu adalah serangan terbaru terhadap Azmin. IBM merasakan apa yang dikatakan oleh Khalid, ada lojiknya. Untuk memimpin sebuah negeri atau parti mestilah dari kalangan seorang pemimpin tulen harus mempunyai integriti dan mampu menjana kepercayaan daripada akar umbi parti. Maka, Khalid beranggapan bahawa Azmin belum dan mempunyai ciri-ciri untuk memimpin PKR apatah lagi negeri Selangor. Jauh sekali. Jadi didalam episod 'Skool Of Lawak', Khalid tidak memberi satu bintang pun pada Azmin. Tapi, kalau korang tanya IBM, siapa yang lebih baik antara Khalid dan Azmin, jawapanya, kedua-duanya pun tak layak. Sama je.
Maka, jelas, IBM nampak setelah bertelagah di dalam Selangor mengenai urusan parti dan kerajaan negeri, Khalid dan Azmin dijangka memperbaharui permusuhan politik mereka pada pemilihan parti Mei depan. Anwar akan menawarkan diri untuk jawatan presiden manakala Azmin dijangka menghadapi saingan daripada Khalid atau Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution untuk jawatan Timbaan Presiden. Di Selangor, Azmin menggantikan Khalid sebagai pengerusi PKR negeri pada tahun 2010 namun perbalahan terbuka antara mereka dan penyokong mereka berterusan hingga sekarang.
Maka, dik kemelut kedua-dua pemimpin PKR Selangor ini begitu meruncing memaksa Penasihatnya, Anwar Ibrahim untuk merestui tindakan ADUN Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi Kajang bagi membolehkan Ketua Pembangkang itu bertanding. Jika menang Pilihan Raya Kecil (PRK) itu pada 23 Mac, Anwar disebut-sebut akan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid. Setahu IBM, setakat ini Khalid belum mengatakan persetujuannya kepada rancangan itu walaupun beliau adalah pengarah pilihan raya PKR untuk Kajang. Perkhabaran dari kem Khalid menyatakan PKR seharusnya menyiapkan pelan untuk menyediakan pemimpin pelapis untuk PKR apabila Anwar berundur kelak. Dan tentu nama Azmin akan terkeluar.
Dari apa yang diluahkan oleh Menteri Besar Selangor itu, PKR mempunyai kualiti dan kuantiti pimpinan muda yang mampu memastikan PKR adalah tunjang kepimpinan politik di negara ini terutamanya di Selangor. Nama-nama yang Khalid sebut adalah seperti Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon sebagai pemimpin berpotensi menyahut cabaran itu. Azmin terkeluar. Sekali lagi tiada bintang untuk Azmin. Kesian. Malang sungguh nasib si Azmin ni.
Sama-sama kita tontoni dari luar apakah kesudahan epiosd lawak 'Skool Of Lawak' dari PKR ini. Kita tenguk siapa yang menang nanti. Khalid atau Azmin? ~ Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"