Sunday, February 23, 2014

ORANG YANG TIDAK BERMORAL SEPERTI ANWAR TAK LAYAK JADI MB, KATA PENGANALISA POLITIK

AHAD, 23 FEBRUARI 2014
MENGIKUT kata penganalisis politik, walaupun tidak dinyatakan secara khusus dalam perlembagaan negeri, Sultan Selangor akan memilih calon Menteri Besar daripada kalangan yang mempunyai imej dan rekod bersih. Penganalisis politik, Datuk Dr Ramlah Adam (gambar bawah kanan) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim harus mempertimbangkan semula kesesuaian untuk mencalonkan diri sebagai Menteri Besar jika menang PRK Kajang pada 23 Mac ini. Ingat ye, ini bukan IBM kata, tapi, penganalisis kata.

Selain kes-kes Mahkamahnya, Anwar juga jelas mempertikaikan Sultan Sharafuddin Idris Shah bersabit isu-isu seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim, kata beliau.   Pemilihan Menteri Besar tidak hanya didasarkan kepada siapa yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, kata Dr Ramlah lagi.

Tuanku Sultan Selangor bukanlah terlalu memilih orangnya, tapi, kalau Tuanku rasa sesuai orang itu untuk menjadi MB dengan tingkah lakunya dengan rekod yang bersih, dengan tidak menimbulkan kecacatan pada imej Selangor (maka dia dipilih). Dr Ramlah rasa ini semua bergantung kepada Sultan Selangor  untuk menerima seseorang itu, katanya.

Daripada kajian Dr Ramlah, sepanjang tahun 1949 sehingga kini tidak ada lagi pemimpin yang dilantik menjadi MB selepas diketahui umum terdapat begitu banyak kes Mahkamah. Hanya Anwar seorang sahaja. Menurut Dr Ramlah lagi, meskipun ada segelintir mereka yang digugurkan menjadi MB dalam sejarah Selangor, namun ia hanya berlaku selepas mereka dilantik.

Dari segi Politiknya, memanglah Pakatan  menang majoriti dua pertiga tetapi soal peribadi, soal tingkah laku, soal rekod jenayah dan sebagainya beliau rasa itu perlu diambil kira. Justeru, Dr Ramlah mempersoalkan sejauh mana Anwar Ibrahim yakin bahawa Sultan Selangor akan melantik beliau sebagai MB meskipun memenangi kerusi DUN Kajang pada 23 Mac depan. Mungkin Anwar bermimpi di siang hari, gurau beliau.

Tapi, Sultan Selangor yakin tak nak melantik dia (Anwar) sebagai MB? Sebab dari segi aspek imej Sultan Selangor akan memikirkan soal imej, keadaan negerinya di mata orang ramai atau di mata Raja-raja Melayu yang lain, kata Dr Ramlah. Dan, jelas Dr Ramlah lagi, adalah mustahil untuk baginda Sultan bekerjasama dengan seseorang individu yang sudah jelas menyatakan pendiriannya yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.  Bagi IBM tidak. Sultan Selangor bukannya bodoh.
Sebagai contoh, isu kalimah 'Allah', hanya Sultan Selangor satu-satunya Sultan dalam negara kita yang berulang kali mempertahan membuat keputusan bahawa nama Allah itu hanyalah untuk orang Islam sahaja, katanya. Bagaimanapun Anwar berkata enakmen Syariah itu tidak munasabah dan harus dikaji semula. Binawee punya Anwar. Inikah manusia yang hendak menjadi MB di Selangor ini?..Dengan Sultan pun dia boleh lawan.

Bagaimanapun, ada kemungkinan mungkin Sultan Selangor akan menerima seseorang yang telah menyatakan pendiriannya yang begitu jelas bertentangan dengan peraturan agama Islam di Selangor, kata Dr Ramlah. Malah, ujar Dr Ramlah lagi  ketidaksefahaman antara Sultan dan MB selaku penasihat baginda kelak bakal melahirkan situasi yang tidak tenteram. Maka, disini, IBM bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Dr Ramlah bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi MB Selangor. Faham-faham dan fikir-fikirkan. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

4 comments:

  1. Apa yang dikatakan oleh Prof itu tepat sebaliknya dalam analisa pacal belalang pula , Anuar tidak akan bertanding, apa yang dilakukan setakat ini adalah menyemaikan unsur-unsur membenci kerajaan , sebab itu beliau berani turun awal berkempen dan melanggar pantang larang SPR, Segala tindakan beliau tidak lebih untuk melihat puak BN terjebak dalam permainan beliau sebaliknya beliau lupa bahawa BN bukan lah sebuah parti berasaskan perkauman atau parti majmuk seperti Pakatan . Yang pasti ANuar akan menamakan seorang lelaki keturunan CIna yang berkiblatkan pkr juga disenangi oleh dap dan sekutunya terhebat mereka pas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ sesejuk mata memandang,

      Good comment bro. Saya percaya satu hari nanti, kehebatan Anwar akan berkubur. Segala sendiwaranya juga akan berkubur. Bagi saya Anwar tidak sehebat mana pun. cuba, dia berani dan kerajaan kita, BN terlalu berlembut dan memberikan secukup2 ruang yg luas utk menghentam kerajaan. Inilah akibatnya bila ISA di mansuhkan....Apapun, kita tungu dan lihat sejauh mana sampainya lakunan Anwar ini...

      Delete
  2. orang cina kasi 'ajar'sikit permainan politik kotor anuar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ mfjalil muhd,

      Harap MCA dpy memainkan peranan mereka. Dapatkan kembali keyakinan pengundi2 Cina di Kajang. Kalau Cina Kajang favor kepada MCS, insyallah Anwar boleh ditumbangkan di Kajang. Insyallah....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...