Thursday, February 27, 2014

HAHAHA...ANWAR BERAHIM TERLAMBAT DAH KENA 'CHECKMATE', KATA ZAHID

KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014
MALU besar Nuar Berahim. Mana tidaknya. Bakal Menteri Besar Selangor tidak di panggil sama semasa menandatangi MoU di antara Kerjaan Selangor dan Kerajaan Pusat memuktamadkan penstrukturan air, semalam, Rabu. Ini sekali gus membantutkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan dalam isu tersebut sekiranya menjadi Menteri Besar Selangor. Anwar dah terlambat, dah kena 'Checkmate'. Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, sudah terlambat bagi Anwar untuk mempengaruhi rundingan yang sudah dimeterai itu seandainya dia memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dan diangkat sebagai Menteri Besar. Segala-galanya dah terlambat. Hasrat Anwar sudah terbantut, katanya tersenyum seperti nak ketawa.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah pada sidang media di kediamannya hari ini, Khamis. Semalam, hari Rabu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menandatangani MoU berkenaan dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat Syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi. Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat Syarikat konsesi air di Selangor. Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Kerajaan Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli bahawa pimpinan Pakatan Rakyat tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, Zaid berkata tidak menjadi satu kesalahan jika Abdul Khalid tidak berbuat demikian.
Tindakan Abdul Khalid itu tepat kerana ia dilakukan atas kapasiti beliau sebagai Menteri Besar. Siapalah Anwar untuk diberitahu. Setakat jadi 'Punahsihat' apa ada. Justeru beliau tidak perlu memaklumkan mengenainya kepada parti atau ketua Pembangkang, Anwar Berahim. Malah, katanya,   sebagai orang yang lama menetap di Selangor pun rasa lega dan gembira. Sekurang-kurangnya krisis air di negeri ini dapat diselesaikan katanya. Jelas Zaid, beliau yakin pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor sudah sedia maklum mengenai perkara itu cuma mereka tidak bersetuju perjanjian itu ditandatangani. Mereka tahu mengenainya kerana rundingan sudah lama dibuat. Tapi Anwar sebenarnya ingin air di Selangor diswastakan untuk mengaut keuntungan. Al-maklumlah, jika Menteri Besar baharu dilantik, dia tak boleh buat apa-apa kerana perjanjian sudah ditandatangani, katanya.
Maka, naik angin seluruh badan Nuar Berahim. Segala plannya tak menjadi. Cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar pun agak terbantut kerana informasi terkini atau kerja risikan  yang beliau buat, rakyat Kajang tidak mahu Nuar jadi Menteri Besar Selangor sekali gus menolak beliau menjadi wakil rakyat di DUN kajang. Aduhai.....kalau betuilah apa yang IBM dengar, malang sungguh nasib Nuar Berahim. Ingat nak kenakan Khalid Berahim. Rupanya Khalid Berahim ni lagi cekap, bukan bodoh rupanya. Hehehehe.....kesian Nuar Berahim.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...