Friday, February 21, 2014

Seminar Anti Hadis : Tiada Kaitan Dengan Tun Mahathir ~ Jawi

JUMAAT, 21 FEBRUARI 2014

ADA sesetengah pihak cuba memburukan nama mantan Perdana Menteri atau bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan dengan Seminar Anti Hadis yang sedang hangat diperkatakan pada masa ini. Lantas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menafikan perkara itu. Tun Dr Mahathir tidak  mempunyai kaitan dengan seminar kontroversi pemikir Dr Kassim Ahmad, di Putrajaya pada 16 Februari lalu, kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

KONTROVERSI DR KASSIM AHMMAD...KONTROVERSI DR KASSIM AHMAD
Hala Tuju Bangsa & Negara Malaysia....Hala Tuju Bangsa & Negara Malaysia?

Menurut Pengarahnya, Paimuzi Yahya (gambar bawah kiri) berkata pihaknya tidak nampak sebarang keperluan untuk memanggil Dr Mahathir sejak membuka kertas siasatan ke atas penganjuran seminar itu. Tun Dr Mahathir tidak terbabit dalan isu ini. Yayasan Perdana bukanlah penganjur kepada seminar itu, sebaliknya JAWI sedang mengenal pasti penganjur kepada seminar tertutup itu, kata Paimuzi hari ini.

Beliau turut dilaporkan menggesa mereka yang mempunyai maklumat berkenaan seminar itu agar menyalurkannya kepada JAWI. IBM juga dapat tahu bahawa JAWI sebelum ini dilaporkan mendapat arahan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk bertindak terhadap Kassim kerana didakwa mempertikai dan memperlekehkan hadis yang boleh mengelirukan umat Islam di negara ini.

Walaupun Seminar "Pemikiran Dr Kassim Ahmad : Satu Penilaian Semula" pada Ahad lalu, yang dianjurkan Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dirasmikan Tun Dr Mahathir, ini bukan bermakna Tun Mahathir terlibat secara langsung yang mana tuduhan dari sesetengah pihak kononnya Tun Mahathir sendiri bersetuju dengan kenyataan Dr Kassim Ahmad yang seperti anti kepada hadis. Jangan...jangan cuba buat fitnah. Berdosa besar.
IBM bukan nak membela Tun Dr Mahathir, tapi kita semua maklum dan faham akan pendirian bekas Perdana Menteri yang telah banyak berjasa pada bangsa dan negara. Satu dunia mengenali Tun Dr Mahathir yang terkenal dengan kelantangan di peringkat antarabangsa. Hinggakan kuasa besar seperti Amerika Syarikat begitu menghormati Tun Dr Mahathir. Jadi, tidak lojik isu Anti Hadis ini dikaitkan dengan beliau. Hanya tuhan yang tahu siapa benar dan siapa bersalah.  Kononya dah ada orang ramai membuat demostrasi selepas solat Jumaat di depan Masjid Negara hari ini. Protes le konon. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...