Thursday, February 20, 2014

Mafuz@Mr Bean Hasut Menteri-Menteri Dari Umno Buat Undi Tak Percaya Pada Najib. Sial Punya Mr Bean!

KHAMIS, 20 FEBRUARI 2014
IBM boleh lebalkan pemimpin-pemimpin PAS ni sebagai gila kuasa, cakap tak serupa bikin dan akhir sekali ibarat masuk bakul angkat sendiri. Sebenarnya banyak lagi gelaran yang boleh kita beri pada pemimpin-pemimpin PAS ni. Cukuplah setakat satu dua seperti yang IBM katakan di atas tu. PAS menggunakan Ketua Penerangannya, Mahfuz Omar menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengelar pentadbiran DS Najib sebagai "syok sendiri". Mafuz memperlekeh DS Najib kerana beliau melihat perlaksanaan dan implementasi yang DS Najib lakukan hambar, tidak berkesan dan sudah hanyut.

Dengan itu, Mahfuz menggesa dan mengajak Menteri-Menteri Umno yang tidak puas hati supaya memperlihatkan "keberanian" dengan mengepalai ahli Parlimen BN untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang. Ini memandangkan bahawa keraguan di kalangan anggota ahli Kabinet DS Najib meningkat, kata Mahfuz. Mengikut kata Mahfuz lagi, beliau terbaca berita semalam bahawa dua Menteri menimbang untuk meletaj jawatan menjelang rombakan Kabinet yang dijadualkan pada bulan Jun akan datang. Siapa dua Menteri itu ye?


MR BEAN OF MALAYSIA...MR BEAN OF MALAYSIA
Seterusnya Ketua Penerangan PAS ini melabelkan bahawa pentadbiran DS Najib seperti pertubuhan NATO -"No Action Talk Only". Tuduhan ini, bagi IBM dah melampau. Siapa Mahfuz ini yang bercakap tidak menggunakan otak. Memang patutlah beliau di gelar Mr Bean PAS Malaysia. Sepekara lagi yang IBM dengar, transformasi yang di ilhamkan oleh Perdana Menteri kita seperti  inisiatif program transformasi ekonomi yang diwar-warkan sebagai ajibnomics. Sekarang lebih baik kita gelarkan Najibkomik!, kata Mahfuz. Busuk punya mulut, sial punya Mahfuz.

Tidak habis disitu, beliau cuba berlagak hero, menasihati dan menyeru Menteri-Menteri berkenaan jangan tunggu rombakkan kabinet untuk tidak disenaraikan dalam pasukan kabinet, sebaliknya tunjukkan sikap berani untuk rakyat dan negara dengan melepaskan jawatan Menteri dan mengapalai ahli parlimen BN untuk kemukakan usul undi tak percaya terhadap DS Najib di dalam sidang Parlimen bulan March ini serta mengusulkan agar Parlimen menyerah kembali mandat  kepada rakyat, tambah Mahfuz. Banyak cantik muka dia.


Kesimpulannya di sini, di dalam PAS dan Pakatan Rakyat sendiri pun sudah mula kucar-kacir. Mengapa tidak mereka menjaga perihal dan menyelesaikan kemelut dalam parti mereka sendiri? Si Mahfuz@Mr Bean ni, baik dan sempurna benar ke dia ni? Tiba-tiba pandai pulak nak jaga tepi kain orang dan menghasut Menteri-Menteri Umno supaya buat usul tak percaya pada DS Najib. Kepada Mahfuz, cerminkan diri sendiri dahulu sebelum nak cari silap orang. DS Najib setakat ini telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin no 1 negara dengan baik dan cekap sekali. 

KENYATAAN DIBAWAH INI MENCERITAKAN SEGALA-SEGALANYA. INI MEMBUKTIKAN MAHFUZ BERBOHONG :


Dunia luar mengiktiraf akan kewibawaan DS Najib menerajui negara. Pujian demi pujian yang DS Najib dapat dari pemimpin-pemimpin negara luar. Pembangkang apa ada? Tidak ada suatu pun perkara yang menafaatkan negara yang di lakukan oleh Pembangkang. Kerja mereka asyik mencari silap kerajaan. Silap mereka, mereka tak nampak. Kalau betulah berita yang disebarkan oleh Mahfuz ini, yang mana dua orang Menteri yang berhasrat untuk meletakkan jawatan, dan  salah seorang daripadanya adalah di dalam kementerian kewangan, fikir-fikirkan dulu. Jangan ikutkan hati.

IBM syorkan agar berbincang dan bersemuka dengan Perdana Menteri. Jangan ikutkan perasaan hati dan juga kalau boleh, hindarkah daripada berjumpa dengan pembangkang kerana itulah kehendak mereka sebenarnya. Pembangkang akan menggunakan isu ini sebagai senjata dan memesungkan hati dan mata rakyat. Maka, Barisan Nasional (BN) di benci oleh rakyat. Fikir-fikirkan demi untuk rakyat dan negara. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...