NEW YORK: Facebook mengumumkan pembelian perkhidmatan pesanan ringkas WhatsApp dengan perjanjian bernilai AS$16 bilion (RM52.7 bilion). Pembelian ini secara tidak langsung meluaskan pengaruhnya sebagai syarikat gergasi dalam rangkaian sosial di peringkat global.
Dengan termeterainya perjanjian itu, ia akan membawa maksud terdapat satu rangkaian sosial terbesar di dunia kerana Facebook kini mempunyai lebih 1.2 bilion anggota manakala WhatsApp pula mempunyai 450 juta ahli.
Pengambilalihan itu adalah yang terbesar dan kurang dua tahun selepas firma Mark Zuckerberg menawarkan stok awam bernilai AS$16 bilion. Pembelian terbaru berkenaan termasuk AS$12 bilion dalam bentuk saham Facebook dan AS$4 bilion dalam bentuk tunai.
P/S ~ Berita baik untuk pengguna whatsapp. Dulu dikhabarkan akan dikenakan yuran tahunan. Tapi, bila Facebook dah beli, tak perlu bayar yuran tersebut. Kot-kot le. IBM tak confirm ni. Cakap je. Mintak-mintak tidak le kena. Pemilik Facebook, Mark Zuckerberg kan pemurah orangnya...hehehe. Apapun selamat menggunakan whatsapp. Wassalam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"