Tuesday, February 11, 2014

LEE CHONG WEI/LIN DAN DISATUKAN JADI PASANGAN BERGU PADA PERLAWANAN PERTUNJUKAN DI CHINA

SELASA, 11 FEBRUARI 2014

SEMBANG SUKAN (BADMINTON)
 
MEMANG jarang-jarang kita dapat melihat pemain badminton perseorangan (single) digabungkan untuk bermain didalam bergu (double). Ini akan kita dapat lihat dan ianya akan berlaku di China. Tapi, perlawanan ini hanyalah sebagi pertunjukan, bukan merupakan sebuah kejohanan. IBM tak percaya apabila dua musuh tradisi di dalam dunia badminton bergabung bersama. Itulah uniknya Sukan badminton yang kini mendapat perhatian dan sambutan di seluruh dunia.

KIta kan dapat lihat, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei buat julung kali akan berpasangan dengan musuh tradisinya Lin Dan dari China untuk membuat perlawanan pertunjukan sempena pembukaan pusat latihan badminton baharu di Lingshui, China Ahad ini. Chong Wei berkata, beliau menyambut baik jemputan Persatuan Badminton China dan bersedia membantu negara lain untuk menyemarakkan sukan badminton. Katanya, beliau menerima jemputan daripada ketua jurulatih China, Li Yongbo untuk menyertai perlawanan pertunjukan itu. Saya akan bergandingan dengan Lin Dan dan kami akan menentang jaguh beregu China, Cai Yun dan Fu Haifen.


Perlawanan ini juga diadakan untuk peminat badminton di China, katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam (Isnin). Dalam pada itu, pemain nombor satu dunia itu berkata, Malaysia perlu menyediakan pusat latihan badminton yang lengkap di setiap negeri untuk memastikan lebih ramai pemain berbakat dapat ditonjolkan. Pada pendapat beliau, negara China mempunyai banyak pusat latihan yang lengkap di setiap wilayah, pemain tempatan (wilayah) mereka bagus dan setanding dengan pemain kebangsaan.

Jadi, beliau rasa kita (Malaysia) pun boleh buat begitu (menyediakan infrastruktur di setiap negeri) untuk masa depan sukan badminton negara, katanya. Chong Wei juga berkata, beliau akan menghadiri majlis Anugerah Sukan DuniaLaureus 2014 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Mac ini. Beliau ada menerima jemputan tersebut. Memang bangga sebab akan berjumpa dengan ramai atlet bertaraf dunia dalam pelbagai sukan seperti Formula 1 dan tenis. Beliau juga teruja mahu berjumpa dengan atlet terkemuka dunia yang lain pada majlis itu nanti, kata beliau.

Antara tokoh sukan yang pernah memenangi Anugerah Laureus sejak diadakan 15 tahun lalu ialah Usain Bolt, Sebastian Coe, Novak Djokovic, Roger Federer, Alex Ferguson, Lewis Hamilton, Kelly Holmes, Rafael Nadal, Pelé, Steve Redgrave, Ronaldo, Michael Schumacher, Kelly Slater, Shaun White, Serena Williams dan Zinedine Zidane.

IBM pun rasa tak sabar nak jumpa para atlet terkemuka dunia dan bergambar dengan mereka. "Majulah sukan untuk negara". Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...