Saturday, February 15, 2014

ZAHID NI SAYANG BINI KE TAKUT BINI??

SABTU, 15 FEBRUARI
KELAKAR juga bila IBM dapat cerita tentang si Zahid Ibrahim seperti mana yang IBM paparkan di dalam blog IBM baru dua tiga hari lepas ini beliau akan bertanding menentang bekas bosnya, Anwar Ibrahim pada PRK DUN Kajang March ini. Tapi, agak melucukan juga apabila khabarnya, Zahid mohon izin daripada isteri beliau untuk bertanding. Aii...nak bertanding pun minta izin isteri? Kalau nak khawin lagi satu itu dah perkara biasa. Apapun, IBM dengar Isteri kepada bekas pemimpin Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim, Datin Suliana Shamsuddin Alias mengizinkan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Inilah baru isteri 'Mistali'.
IBM mengikuti laman sosial Twitter dan Facebook Datuk Zahid, memang betul beliau mengumumkan persetujuan isterinya itu  sebaik saja beliau memberitahu tertarik untuk bertanding pada PRK itu. Katanya, isteri beliau, Suliana setuju beliau bertanding di Kajang. Itulah tulisnya semalam, Jumaat. Sebelum itu, Zaid menegaskan hasratnya untuk mengambil bahagian dalam PRK itu, tapi itu bergantung kepada persetujuan isterinya. Kini, sudah mendapat kelulusan. Bertuah badan. Hehehehe.
Ketika menerangkan hasrat beliau untuk kembali aktif dalam politik, sambutan negatif diberi oleh isteri dan anak-anak. Mereka tidak begitu gembira mengenai kemungkinan untuk kembali dalam politik terutamanya apabila serangan peribadi berniat jahat dilancarkan terhadap saya. Jelas Zahid pada mereka agak mudah, beliau terangkan kepada mereka selagi beliau seorang pengulas politik, sukar untuk melarikan diri dari kecaman dan penghinaan. Namun, boleh jadi tiada demokrasi atau kebebasan di negara ini sekiranya setiap individu terus berdiam diri kerana takut dihina, katanya.
Seperkara lagi tentang mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil itu menurut Zahid, ianya akan membolehkan beliau menangani pelbagai isu-isu politik dan ekonomi yang melanda negara. Menulis di dalam blog ini amat seronok tetapi bagus juga kalau dapat bercakap terus kepada orang ramai secara bersemuka, mendengar luahan mereka, sudah tentu makan sate bersama mereka, gurau beliau.
IBM juga difahamkan, Zaid telah menyenaraikan beberapa perkara yang akan disuarakan dalam tempoh berkempen, termasuk kepentingan memerangi punca polarisasi kaum, usaha memulihara keamanan dan perpaduan antara umat Islam dan bukan Islam serta program ekonomi dan pendidikan bagi membina kemahiran. Itu antara perkara-perkara yang akan beliau ketengahkan nanti untuk pengundi-pengundi di Kajang.

Selamat berjuang Datuk Zahid Ibrahim. Tentang ada yang ketawakan Datuk kerana takutkan bini, pesetankan mereka. Siapa tak sayangkan bini, kan. Isu takutkan bini, itu cerita lain.  Lawan  tetap lawan. Tapi, IBM tetap mendoakan agar Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali DUN Kajang. Hidup BN!!  Wasallam. 

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...