Sunday, February 9, 2014

DIA YANG CARI PASAL, SALAHKAN ORANG PULAK.!! TALK 'COCK' LE NONYA SEKO NI.....

AHAD, 09 FEBRUARI 2014

Nak kata sewel si nonya Teresa Kok ni tidak jugak. Masih siuman dan pandai pulak marah-marah tu. Kononnya beliau, kesal dengan sikap endah tak endah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyifatkan tawaran 'menamparnya bukan satu ancaman' dan tidak perlu disiasat. Datuk Seri Zahid, katanya, tidak layak menjadi Menteri. Beliau tidak sepatutnya mengganggu siasatan polis. Beliau (Zahid), tiada konsep hak asasi manusia atau hak untuk wanita. Baginya hanyalah kaum, kata nonya Kok sambil menambah bahawa ia adalah suatu 'kegilaan'. Zahid sebelum itu menolak ancaman yang diterima Teresa apabila berkata "tiada apa-apa untuk disiasat kerana ia bukan satu ancaman ".

Kata DS Zahid, mengapa kita perlu menyiasatnya? Menampar bukan satu ancaman. Jika mereka kata bunuh, barulah ia ancaman, katanya yang dikritik hebat oleh warga siber  Pertubuhan bukan kerajaa (NGO) sebelum ini menawarkan imbuhan RM 1,200 kepada sesiapa yang berjaya menampar Teresa. Ia berikutan tindakan Teresa menerbitkan sebuah video ucapan Tahun Baru Cina berjudul " Onederful " Malaysia CNY 2014, menyelitkan elemen-elemen menghina beberapa pemimpin di negara ini.

Teresa bagaimanapun berkata video itu dibuat bukan untuk menyindir sesiapa tetapi ia lebih kepada komedi untuk tatapan masyarakat Cina. Masih tak mahu mengaku akan kesalahan beliau, katanya beliau tidak menyakiti sesiapa. Mengapa sampai nak tampar beliau? semata-mata kerana wang RM1,200 tu? Ia hanya sindiran politik. Ia bukanlah satu perkara besar. Ia sepatutnya menjadi sesuatu yang seronok, ujarnya. Sementara itu, Teresa menegaskan beliau akan terus bertemu penduduk dan "bergerak seperti biasa " walaupun menerima ancaman. Beliau sering kali berhadapan dengan kontroversi sejak beberapa tahun kebekalangan ini, termasuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam tahun lalu.

Bagaimanapun, kejadian terbaru  yang memberi ganjaran kepada sesiapa ‎menamparnya seakan berjaya menakutkannya  walaupun beliau kelihatan tidak gentar menghadapinya. Disebabkan bidang tugas, ia memerlukan beliau sentiasa ke sana dan ke mari. Justeru, beliau akan meneruskan tugasan beliau sebagai seorang ahli Parlimen. Beliau akan pergi ke mana sahaja jika  diperlukan, katanya  sambil menambah setakat ini beliau tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengambil pengawal peribadi.

Akhir kalam, IBM ingin berpesan kepada nonya Teresa Kok ini. Cerminlah diri tu dahulu sebelum melontarkan perkataan yang kesat yangmana beliau kata DAtuk Seri Zahid tidak layak jadi seorang Menteri. Sebenarnya beliau sendirilah yang tak layak menjadi seorang Ahli Parlimen gara-gara mulut celuparnya dan isu video klip  "Onederful" Malayasia CNY 2014. Jadi, siapa yang talk cock sekarang ni? Jawapannya, tak lain tak bukan, nonya Teresa Kok itu sendiri. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...