Saturday, February 8, 2014

PETISYEN PAKATAN BATALKAN PRU-13 GAGAL. DITOLAK MAHKAMAH

SABTU, 08 FEBRUARI 2014
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak petisyen Pakatan Rakyat untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke 13 atas alasan penggunaan dakwat kekal membawa kepada penipuan berleluasa. Mahkamah sivil itu memutuskan bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen berkenaan yang turut menuntut supaya pilihanraya umum diadakan semula. Ia juga berkata adalah salah untuk pembangkang dan beberapa calon yang kalah untuk menfailkan petisyen menuntut perbicaraan sivil mengenai perjalanan pilihan raya itu.

Sehubungan itu mahkamah meluluskan permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membatalkan petisyen pembangkang yang di failkan July tahun lalu. Pada 15 Julai lalu empat pemimpin Pakatan Rakyat daripada PKR, PAS dan DAP mengemukakan permohonan kepada mahkamah sivil untuk membatalkan keputusan di kesemua 222 kerusi parlimen. Mereka mendakwa SPR gagal mengendalikan pilihan raya telus dan terdapat unsur penipuan yang meluas akibat penggunaan dakwat kekal.

Dakwaan penipuan itu sekaligus meranap integriti PRU13 dan menyebabkan gabungan parti pembangkang terlepas peluang untuk membentuk kerajaan persekutuan. Barisan Nasional mengekalkan Putrajaya apabila memenangi 133 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Pakatan Rakyat mendapat 87 kerusi dengan DAP memperoleh.

P/S ~ Kalau tuhan dah tak izinkan, buat apa sekali pun tak jadi. Apatah lagi dengan niat dan hati yang busuk seperti pakatan haram ni. Negara aman, damai bersama BN. Negara kan hancus kalau Pakatan Rakyat memerintah. fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

SUMBER : [AntaraPos].

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...