Tunjukkan bukti, kata Lim Kit Siang. Bahagian mana dalam video Tahun Baru Cina oleh Teresa Kok yang dianggap menyinggung perasaan? tunjukkan. Sekiranya ada, permohonan maaf akan dibuat dan video tersebut akan ditarik balik. Dia sendiri akan meminta Teresa meminta maaf dan menarik balik video itu jika sesiapa sahaja boleh menunjukkan bahagian mana yang merupakan anti-Melayu atau anti -Islam, kata penasihat DAP itu di rumah terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat di Tawau pada hari Sabtu. Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata beliau terkejut dengan sebab video itu membuat satu negara kecoh.
Kita boleh bersetuju atau tidak bersetuju sama ada video itu baik, tidak baik atau kejam. Apa yang benar-benar tidak boleh diterima ialah mengambil jalan keluar dengan pembohongan dan kepalsuan, katanya lagi. Beliau menegaskan video itu meluahkan rungutan awam tentang kenaikan harga, penurunan standard pendidikan, kebimbangan terhadap jenayah yang semakin meningkat dan rasuah berleluasa. Menurutnya, beliau telah meneliti video itu dengan berhati-hati dan memberi penuh perhatian, tidak terdapat mana-mana bahagian dari video itu yang boleh dianggap sebagai anti-Melayu atau anti- Islam," katanya.
Walau bagaimanpun, IBM merasakan pemimpin/penasihat DAPigs ini cuba menyebelahi orangnya yang telah buat salah, tapi tidak mengaku diatas perbuatanya itu. Malah, menyalahkan pihak lain pula. Memang dasar parti DAP ini akan mempertahankan dan tidak akan mengaku kesalahan yang mereka lakukan, apatah lagi memohon maaf. Cara Lim Kit Siang memberi penjelasan tentang isu video klip tersebut, seolah-olah le dialah pengarah video klip tersebut. Itulah wajah DAP yang sebenarnya.
Tak habis disitu, Lim Kit Siang berasa marah dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata menawarkan ganjaran untuk menampar Teresa bukan ancaman. Beliau menuduh Zahid seorang Menteri yang tidak beratika kerana menunjukkan satu contoh yang sangat buruk dalam menegakkan kedaulatan undang-undang," katanya. Persoalannya, diorang tu baik sangat ke? Selama ini siapa yang anti-Melayu, anti-Islam dan rasis? DAP.....jangan nak main wayang kulit la.....bodoh punya apek! Ingat 'komunis' ingat Lim Kit Siang. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERNA SUDI MEMBACA"