Saturday, February 8, 2014

KHALID KATA AZMIN BODOH TAK FAHAM UNDANG-UNDANG..

SABTU, 08 FEBRUARI 2014



 KONFLIK AZMIN DAN KHALID KIAN MERUNCING

Percakaran diantara dua orang pemimpin atasan Parti Keadilan Rakyart (PKR) Selangor masih berlanjutan. Ianya seperti tiada noktah. Semalam, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menerima tamparan hebat daripada Tan Sri Khalid Ibrahim yang menegaskan bahawa beliau tidak akan meminta maaf atau menarik balik surat pemecatan 22 kakitangan kontrak PKNS Holdings Bhd. Khalid sekan-akan naik berang bila diajukan soalan oleh pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Cheras. Katanya, Azmin bodoh, tidak faham-faham undang. 
Bercakap mengenai penarikkan balik (surat-surat pemecatan), katanya, jelas dia (Azmin) tidak memahami undang-undang. Mana mungkin. Kita tidak boleh mengabaikan kepentingan rakyat Selangor dan PKNS hanya untuk memuaskan hati beberapa orang tertentu, katanya. Khalid berkata sudah menjadi perkara biasa bagi Syarikat untuk memecat kakitangan kontrak dan perkara ini tidak boleh dihadapi dengan terlalu emosi.
Kenapa isu ini masih dipersoalkan, katanya. Mereka telah ditamatkan melalui saluran yang betul dan mengikut prosedur. Jika mereka merasakan ia tidak adil, mereka boleh membawa perkara ini ke mahkamah perindustrian, terang Khalid lagi. Isu pemecatan 22 kakitangan kontak PKNS Holding Bhd ini diperhangatkan kembali oleh Azmin semalam (Jumaat). Azmin menyifatkan perintah pemecatan sebagai "melanggar undang-undang pekerjaan dan sangat tidak berperikemanusiaan".
Kerana rasa tidak kepuasan hati, Beliau (Azmin) menggesa Khalid berhenti menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap pesaing politiknya. Maka, serta merta Khalid  menjawap dan menafikan berbuat demikian. Katanya beliau hanya menjalankan tugas sebagai Menteri Besar demi kepentingan rakyat. Semasa mengangkat sumpah (sebagai MB) di hadapan Sultan Selangor, baginda telah meminta Khalid untuk menjalankan tugas dengan penuh jujur dan tanggungjawab.
Maka, katanya, beliau tidak menjalankan tugas semata-mata dengan memihak kepada rakan-rakan beliau, sebaliknya menjalankan tugas berdasarkan tanggungjawab, kata Khalid sambil menegaskan tidak pernah mendiskriminasi sesiapa, termasuk Azmin. Bagi Khalid, Azmin di  adalah kawan beliau. Tetapi jika ada perkara yang perlu diperbaiki, kita perlu memperbaikinya, katanya. Bagi Khalid isu pemecatan 22 kakitangan PKNS Holdings Bhd pada Selasa lalu telah selesai. Sekiranya mereka tidak puas hati, rujuklah kepada yang berkenaan. Lagi pun mereka telah diberi dua bulan gaji sebagai pamapasan. Beres, katanya.
Kesimpulannya, masihkah rakyat di Selangor ini percaya bahawa perubahan telah dibuat semasa 2 penggal Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor dan rakyatnya telah dijaga kebajikan mereka?......dan adakah PKR telah mengubah Selangor dari segi politik dan kebajikkan yang mana ianya lebih baik dari Barisan Nasional (BN)? Fikir-fikirkan...Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...