SEMBANG SUKAN (BADMINTON) :
KUALA LUMPUR: Selepas dikatakan gagal mencapai kata sepakat dengan Morten Frost Hansen untuk dilantik sebagai Pengarah Kejurulatihan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini difahamkan dalam perancangan untuk memujuk Datuk Misbun Sidek kembali bekerja dengan badan induk itu. BAM didakwa enggan meneruskan rundingan dengan Morten Frost yang juga bekas jaguh perseorangan Denmark selepas dia dikatakan meminta gaji yang tinggi sekali gus membuatkan badan induk itu tidak mampu untuk menunaikan permintaan berkenaan.
Sebagai ‘pelan B’, BAM kini sedang menilai beberapa calon lain dikalangan jurulatih luar negara dan tempatan termasuk Misbun yang sudah pasti mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan. Menurut sumber, perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kebolehan, Skil dan Penyelidikan (CSR) yang dipengerusikan presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, malam kelmarin.
Kredibiliti Misbun yang meninggalkan BAM pada Disember 2011 sememangnya tidak boleh dipertikaikan apabila dia adalah individu yang bertanggungjawab meletakkan Datuk Lee Chong Wei memegang status pemain nombor satu dunia sejak 2008 hingga kini selain membantu jaguh perseorangan negara itu memenangi pingat perak Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.
Kekal Koo-Tan :
Andai berjaya mendapatkan khidmat Misbun yang didakwa meletak jawatan kerana sudah tidak sehaluan dengan pengurusan badan induk berkenaan yang ketika itu diterajui Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, BAM sudah pasti akan turut dapat membawa masuk anaknya kembali, Misbun Ramdan Misbun. Ramdan membuat keputusan meninggalkan BAM pada awal tahun lalu bagi mendapat bimbingan Misbun dan hasilnya cukup positif apabila dia berjaya meraih empat kejuaraan antarabangsa sepanjang 2013 – Siri Antarabangsa Slovenia, Greece dan Portugal serta satu Cabaran Antarabangsa Ireland.
Sementara itu, BAM dilapor akan terus mengekalkan beregu nombor satu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sekurang-kurangnya hingga Sukan Komanwel yang berlangsung di Glasgow, Scotland, Julai depan kerana yakin pasangan itu dapat menyumbangkan mata untuk acara berpasukan campuran. SUMBER : [Suara GENARASI Baru]
P/S ~ Yang merunsingkan sekarang ini, siapa yang akan mengantikan Datuk Lee Chong Wei selepas dia bersara nanti? Buat masa ini belum dapat dilihat muka-muka atau pemain baru yang boleh diketengahkan untuk menganti Lee Chong Wei. Andai kata Datuk Misbun kembali kepangkuan BAM, harap beliau dapat mencari penganti Lee Chong Wei. Harap-harap begitulah. Majulah sukan unutk negara ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
untuk tempoh 5 hingga 10 tahun, akan ada ramai pengganti setaraf LCW jika kena dengan programnya. laksanakan seperti di negara China. setiap daerah ada program bakat yang disusun dan dilaksanakan secara rapi. pemain2 muda yg berpotensi akan dibimbing dan ditekan supaya menyerlah. jurulatih wajib bertauliah dan bukan terdiri dari kroni. jurulatih dan pemain yang potensinya seperti yoyo digugurkan. hanya yang hebat diketengahkan. insyaAllah, bukan 1 malah beratus LCW akan ada di Malaysia.
ReplyDeleteibm ~ usin,
DeleteSalam. Setuju dgn pandangan sdr usin. Harap BAM akan berbuat sesuatu demi kebaikan sukan badminton supaya negara kita terus dihormati....insyallah.