Saturday, February 15, 2014

PANAS..PANAS!! ANWAR PAKSA KHALID IBRAHIM LETAK JAWATAN? DAH KEMARUK BETUI SI NUAR NI....

SABTU, 15 FEBRUARI 2014
NAMPAKNYA Anwar Ibrahim terpaksa menelan lebih banyak pil 'Panadol Active Fast' bagi menghilangkan dan mengurangkan sakit kepalanya. Siang dan malam Anwar sudah beranggan-anggan untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru selepas sahaja Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang berakhir. Kemenangan di Kajang sudah pasti dan dalam tangan Anwar. Itulah kajian yang beliau buat dan 100% yakin akan kemenangan beliau nanti. 

Tapi, cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian. Ini berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan. Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian. Surat perletakkan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.

Dari sumber yang boleh dipercayai, kononnya, surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor. Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan bahawa Abdul Khalid telah menghubungi pihak Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan kerana b dapat merasakan yang beliau seperti dipermain-mainkan oleh Anwar.
Pada hari Rabu yang lalu, Abdul Khalid dikatakan sudah mengadap dan menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor.  Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak akan mengganggu atau masuk campur hal politik dalaman yang melanda PKR Selangor. Namun Baginda akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri. Sejak Abdul Khalid menghadap Baginda Sultan, Khalid diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum. Selamat le kot.
Sementara itu, IBM pun perasan dengan  keadaan fesyen rambut Khalid yang sering dilihat sebagai 'pengukur angin' - kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria. Walau bagaimanapun itu bukan kayu pengukurnya kerana Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya. Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan. Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepada Khalid.
Dari sumber lain pula IBM dapat tahu, Khalid sudah mula kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible. Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya. Menurut sumber, Abdul Khalid kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin partinya selepas Anwar dinamakan sebagai calon PRK Kajang. 
Antara yang lantang membuat kenyataan secara terbuka menghentam Khalid ialah Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli juga merupakan Pengarah strategi PKR yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada PRK Kajang pernah dilaporkan berkata bahawa beliau yakin penuh kepada Anwar yang mampu melakukan sesuatu yang lebih baik di Selangor. Rafizi turut menyelar Abdul Khalid adalah seorang teknokrat dan tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan isu perkauman dan agama.
Malah kenyataan terbuka Anwar baru-baru ini mengenai pelannya di Selangor turut tidak menyenangkan Abdul Khalid sebagai penyandang kerusi Menteri Besar. Sementara itu, baru-baru ini orang di sekeliling Abdul Khalid mengkritik cadangan Anwar untuk melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam program pembangunan luar bandar Selangor.
Cadangan itu diumumkan oleh Anwar semasa beliau berceramah di Kajang pada Rabu lalu. Ia dilihat sebagai keputusan yang bertentangan dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat memandangkan kontroversi yang dikaitkan dengan Mat Taib, sebagai bekas pemimpin Umno. Anwar dan Mat Taib pernah berada dalam pasukan yang sama pada 1996 ketika pemilihan Umno. Maka, Anwar amat-amat memerlukan tenaga, buat fikiran Mat Taib yang satu ketika dulu amant berpengaruh  dan popular di Selangor.
Kaalu betulah apa yang kita dengar bahawa Abdul Khalid tidak mahu menandatangi surat tersebut, Anwar dah tentu akan lebih pening lagi dan kepalanya berserabut. Dulu bercita-cita nak jadi Perdana Menteri (PM) tapi, tidak kesampaian, maka, jadi Menteri Besar (BM) pun jadilah.  Hehehehehe. Orang tamak seperti Anwar akan selalu rugi.  Jom, kita ramai-ramai, khusunya orang-orang/pengundi di Kajang, tolak dan hukum Anwar. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...