APA yang dikatakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir adalah benar belaka. Anwar memang 'muka tebal' dan cuba berlagak hero apabila menamakan dirinya sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang. IBM setuju sanagat-sangat dengan kenyataan Datuk Dr Zambry itu. Bagi pandangan Datuk Dr Zambry, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah membuat satu percaturan yang salah kerana setiap 'babak' kali ini sebenarnya pernah dilakonkan oleh Anwar. Sama seperti situasi di Perak pada tahun 2009 lalu.
Mengimbas apa yang berlaku di Perak dahulu, apabila parti pembangkang menghadapi masalah, mereka mengajak beberapa orang daripada Barisan Nasional (BN) untuk turut serta bersamanya. Rakyat menganggap bahawa berlakunya rampasan kuasa daripada kerajaan negeri Perak. Namun, sekiranya sesiapa meninjau semula peristiwa itu, sebenarnya sama seperti yang berlaku di Kajang. Cuma Kajang kali ini Anwar suruh wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh letak jawatan untuk beliau (Anwar) bertanding, ujarnya.
Curahan hati Datuk Dr Zambry didengar ketika dalam sidang akhbar semasa menghadiri Forum Kepimpinan Strategik Perak yang bertujuan memberi fokus kepada kapasiti pucuk pimpinan tertinggi institusi kerajaan dan separa kerajaan di negeri Perak. Turut hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan. Mengulas lanjut, Zambry berkata, strategi Penasihat PKR itu juga jelas membuka 'pekung di dada' parti tersebut yang kini mengalami masalah dalaman serius.
Anwar cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan mewujudkan suasana baharu dan kita tahu sebenarnya parti itu sedang mengalami masalah, katanya. Sekiranya Anwar tewas di Kajang nanti, maka, akan banyak lagi drama dari Anwar yang boleh kita tonton secara 'live'. Tunggu je lah. IBM setuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Dr Zambry tu. Masalah dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang runcing. Tunggu nak meletop je. Mari sama-sama kita berdoa agar pengundi-pengundi di Kajang dapat menilai yang mana baik dan buruknya. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"