Wednesday, February 26, 2014

APA KE JADAHNYA! NAIK TEKSI KENA RABA HILANG AKAL KE APA?

RABU, 26 FEBRUARI

JENAYAH (SERANGAN SEKSUAL)
INI bukan nak kata atau menuduh yang bukan-bukan. Mungkin bukan semua yang berbuat demekian. Tapi, sidikit sebanyak ianya mencemarkan nama agensi pengangkutan awam. Apa tidaknya, penumpang betul-betul mengharapkan mereka menggunakan khidmat pengangkutan awam seperti teksi mendapat layanan baik, tapi,  lain pulak yang mereka dapat. Apatah lagi kepada penumpang perempuan. Bala yang menunggu mereka. IBM mendapat maklumat bahawa seorang penumpang wanita berusia di dalam lingkungan 20-an membuat aduan kepada SPAD bahawa beliau dipaksa meletakkan tangannya pada kemaluan pemandu teksi tersebut sepanjang perjalanan. Dan, ianya menjadi tajuk hangat di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini. 

Mengikut cerita sebenar, wanita tersebut menaiki teksi berkenaan selepas membeli barangan dapur dekat jalan Metro Prima di Kepong pada jam 7 malam, 28 Jan lepas. Difahamkan, pemandu yang miang itu dipercayai berumur 70-an. Wanita itu duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu teksi tersebut yang kemudiannya mula memberi komen lucah dan seksual terhadapnya. Beliau di dakwa meraba pahanya dan meletakkan sebilah pisau di atas papan pemuka dan pada masa yang sama mengeluarkan kata-kata lucah terhadap wanita yang mula ketakutan. 

Ekoran dari aduan yang telah dibuat oleh wanita tersebut, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan kes serangan seksual didakwa membabitkan seorang pemandu teksi itu yang dikatakan gila seks. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal (gambar kanan) dalam kenyataan hari ini berkata SPAD berjaya mengesan pemandu teksi itu, dipercayai berumur 70-an dan telah pun dipanggil untuk siasatan.

Mengikutnya, SPAD akan bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan ini dan SPAD  merasa dukacita di atas kejadian ini serta mengutuk semua bentuk gangguan terhadap pelanggan-pelanggan teksi. Dan sekiranya didapati bersalah, pemandu teksi itu berdepan risiko lesen dibatalkan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, katanya. Siasatan ini juga di segerakan apabila Mohd Nur Ismal terbaca pada satu lapoaran dari sebuah portal berbahasa Inggeris, The Star yang bertajuk 'Nightmare ride with pervert cabbie'. Maka tindakan segera diambil oleh SPAD.

Di samping itu, Mohd Nur Ismal mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang memandu pengangkutan awam tak kira teksi atau pun bas, jika didapati bersalah terhadap perbuatan seperti didakwa itu tidak layak menjadi pemandu teksi  atau bas dan mengaibkan profesion itu. Serangan seksual seperti itu, harus dibendung demi untuk mmenjaga maruah penumpang yang memerlukan khidmat pengangkutan awam. Tak mustahil ianya akan terjadi pada penumpang dari luar negara, kata Mohd Nur Ismal. Oleh itu aduan dari orang ramai amatlah di alu-alukan. Wasslam.


    "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...