Thursday, February 13, 2014

LIWAT II : ANWAR TENGAH CARI HELAH TANGGUHKAN KES, KATA TUN M

KHAMIS, 13 FEBRUARI 2014
MEMANG sudah diketahui umum taktik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, akan cuba mencari helah bagi melenggahkan kes liwat II beliau. Rayuan demi rayuan yang beliau buat dan terkini memfailkan rayuan untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafiee Abdullah (gambar bawah kanan) sebagai usaha untuk menangguhkan perbicaraan rayuan kes Liwat II beliau. Ini dijelaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, Anwar akan sengaja mencari pelbagai alasan untuk memanjangkan perbicaraan kes itu kerana beliau sedar beliau akan tewas dalam rayuan tersebut.

Dari kajian Tun Mahathir, sebenarnya Anwar hanya ingin melewat-lewatkan kes perbicaraan rayuan kes liwat dan sengaja membawa usul untuk menggugurkan Shafee Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwa sebagai alasan. Beliau takut untuk dibicarakan kerana beliau tahu dia bersalah dan mahkamah akan menjatuhkan hukuman setimpal ke atasnya, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar dan Forum Buku Perdana di Hotel Seri Pacific semalam (Rabu).

Tun Mahathir menjelaskan, Anwar dilihat sengaja mencari pelbagai cara bagi menyingkirkan Shafee kerana kredibiliti peguam itu dalam membuktikan kesalahan yang telah beliau lakukan. Sebenarnya, Anwar memang patut takut dengan Shafee kerana beliau adalah seorang peguam yang berjaya menyelesaikan pelbagai kes yang rumit. Dan dengan itu Tun memang merasakan Anwar mempunyai perasaan gentar dengan Shafee sebagai ketua pasukan pendakwa, katanya.

Semalam Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan rayuan kali kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan Peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya. Sehubungan itu prosiding mahkamah akan diteruskan dengan permohonan rayuan pihak pendakwaan dalam kes sama hari ini.

Pendakwaan itu adalah bagi membuat rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kalau dipanjangkan umur, kita akan dapat menyaksikan siapa yang bersalah dan siapa yang tidak bersalah, kerana isu Liwat II ini terlalu panjang  untuk diikuti. Tangguh dan tangguh...berapa kali tangguh dah. Kebenaran akan tercetus juga akhirnya nanti. Tungggguuuu. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. kepada malaun2, jibrauk2 dan peminat setia bontot anwar, ada satu sahaja cara paling mudah untuk tentukan anwar seorang manusia yg benar atau seekor manusia kaki auta dan temberang. jika dalam perbicaraan asyik cari helah dan penangguhan, jelas anwar seorang pesalah. jika anwar benar, pasti dia mahukan perbicaraan itu dipercepatkan. boleh nampak tak? atau masih kelabu asap atau kekuningan macam kunyit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam usin

      Biasalah tu.Siapa tk kenal Anwar. Memang, belacai2 Anwar ni masih kelabu asap/kekuningan mcm kunyit. Mereka telah di program sebitu rupa..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...