Saturday, February 22, 2014

Berita Baik!! BR1M Akan dinaikkan RM1,200 Menjelang 2019, Tapi.......

SABTU, 22 FEBRUARI 2014
BERITA baik untuk semua. Insyallah Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan kepada RM1,200 setahun dalam tempoh lima tahun akan datang. Mengikut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kuantum bantuan di bawah skim BR1M itu akan bertambah apabila kerajaan merasionalisasikan subsidi pukal secara berperingkat.

Ini bukan omong-omong, Ini adalah janji Barisan Nasional (BN) untuk memastikan bahawa subsidi sampai kepada kumpulan sasar, katanya semasa melancarkan BR1M peringkat nasional 2014 di Sekolah Aminuddin Baki semalam.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Seperti yang kita maklum, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450. Mengikut kajian hampir enam juta penerima yang telah berdaftar setakat ini dan pemberian BR1M 2014 itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM3 bilion. Jadi, apa lagi yang rakyat Malaysia mahukan? 

Diberitakan, malam tadi ramai penerima-penerima BR1M telah pun mendapat bayaran melalui akaun masing-masing. Setelah disemak, mereka dapati wang telah pun di masukkan ke dalam akuan mereka. Betapa gembiranya mereka. Hanya satu yang IBM nak nasihat. guanakan wang bantuan tersebut dengan betul. Beli hanya yang perlu sahaja. Berjimat-cermat itu dituntut oleh agama. Terima Kasih sekali kepada kerajaan BN, terutamnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tun Razak di atas bantun BR1M ini.

Tentang kenaikan BR1M RM1,200 menjelang 2019, kita lupakan dahulu. Yang penting sekaran ini. Kalau panjang umur, kerajaan stabil dan BN masih lagi memerintah, insyallah, BR1M akan berterusan.  Teruskan menyokong BN kerana BN sahaja yang benar-benr ikhlas membantu rakyat. Rakyat didahulukan, pencapian diutamakan. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...