DUNIA HIBURAN
Kesian Zizan. Kononnya dia difitnah, betul ke? Itu, Zizan seorang sahaja yang tahu. Ekoran dari itu, pelawak Zizan Razak benggang habis dan kecewa. Lantas dia menyelar individu yang mendakwa jirannya apabila menuduh dia dan aktres Emma Maembong bersekedudukan sejak enam bulan lalu. Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, individu tersebut sepatutnya berjumpa dengannya sendiri untuk mendapatkan penjelasan tentang dakwaan tidak berasas itu kerana ia memberikan impak negatif kepada kerjaya seninya.
Kalau betul dia ada melakukan sebarang kesalahan lebih elok individu tersebut datang berjumpa sendirinya dan minta penjelasan dan bukannya menyebarkan fitnah. Dalam Islam sendiri menegah kita membuka aib seseorang kepada orang lain apatah lagi dengan membuat fitnah seperti itu, katanya semasa ditemuramah oleh pemberita. Zizan ditemui selepas Anugerah Meletop yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu.
Pada acara itu Zizan membolot empat anugerah selain menerima wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000. Dalam pada itu, Zizan tidak berselindung, malah mengakui Emma ada bertandang ke rumahnya tetapi ketika ibu dan ahli keluarga lain berada di rumah. Jelas Zizan, dia bukan tinggal bersendirian di rumah tersebut sebaliknya abang dan pembantu peribadinya turut tinggal bersama. Ibunya sering berada di rumah berkenaan dan Emma hanya akan datang sekiranya ibunya ada di sana untuk melawat dan bertanya khabar.
Langsung tak masuk akal mengatakan kami tinggal bersama, katanya. Jelas Zizan, walaupun dituduh dengan pelbagai tohmahan namun dia tidak cepat melatah kerana ibunya lebih mengenali siapa diri dia yang sebenar. Ibu tahu segala-galanya mengenai dirinya dan dia (ibu) sering memberi menasihat supaya bersabar menempuh dugaan. Ibu lebih percayakan dia sebab Zizan tak pernah sorok apa-apa pun daripada ibunya, kata Zizan. Apapun Zizan, berserah sajalah pada Tuhan. Dia maha mengetahui. Kebenarnya akan tercetus jua akhirnya.
Tuhan nak menduga akan kesabaran kita. Bersabarlah. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"