MEMANG pendengki rupanya pemimpin-pemimpin PKR ni. Mungkin dah diajar oleh Penasihat depa kot, Anwar Ibrahim. Apa tidaknya. Sampai kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang akan bertanding di atas tiket bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pun diikatakan menimbulkan persoalan dan dilihat aneh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Salah dan aneh apa bendanya?
IBM menggangap kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa Khairy telah memberikan sokongan secara segera kepada Zaid tanpa memikirkan bahawa beliau pernah bersama Pakatan Rakyat dan pernah menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah satu kenyataan yang bodoh seolah-olah Saifuddin begitu cetek ilmu politiknya. Atau pun perasaan dengki pemimpin PKR itu semata-mata hanya kerana Zaid buat pengumuman bertanding sebagai calon bebas, mahu menang di Kajang dengan 'tema' untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan disokong oleh Khairy.
Sokongan Ketua Pemuda Umno itu kepada bekas pemimpin Umno yang menyertai PKR dulu cuba diungkit oleh Saifuddin, dan menyatakan bahawa Khairy sudah lupa terus sikap anti-Umno yang diambil oleh Zaid hanya kerana kempennya untuk menyerang Anwar. Dan Saifuddin turut mempersoalan apakah Umno berada di belakang, di sebalik kesediaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk turun bertanding di Kajang?
Dengan itu, Saifuddin seperti mencabar supaya Umno sendiri supaya menghantar calonnya di Kajang daripada menyatakan sokongan kepada calon lain atau kepada Zaid yang jelas bertanding dengan misi bukan untuk kepentingan rakyat. Difahamkan juga, Saifuddin mencabar Ketua Pemuda Umno iaitu Khairy supaya Umno sendiri turun bertanding seperti mana Umno mengambil kerusi MCA di Kuantan dan Wangsa Maju pada pilihan raya lepas, jangan sokong, jangan hantar Zaid. Apa lu cakap ni Saifuddin. Lu sudah lari dari tajuk. Kalau nak ungkit pun itu cerita lama.
Kalau perangai dengki dah meresap ke jiwa pemimpin-pemimpin PKR ni, habis cerita lama dan yang tak releven mereka keluarkan sehinggakan isu berkempen awal oleh Khairy dan Pemuda-pemudanya dipertikaikan. Kerja turun padang ni memang dah biasa. Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim yang dikhabarkan setiap malam turun ke Kajang memberi cermah dan berkempen dari rumah ke rumah walaupun pada Ahad. Jadi, kenapa bila Khairy turun padang dipertikaikan oleh Saifuddin? Takut ke? Tak salah bila sesebuah parti politik itu memulakan gerak kerja sesuai dengan persiapan apabila sesebuah kerusi itu kosongkan, betul tak?
Janganlah terlalu ekstreem Saifuddin ooi. Dunia politik ni berbagai-bagai ragam. Takkan le pemimpin tertinggi seperti kamu ni tak faham-faham lagi. Jangan cepat emosi atau dengki dengan apa orang lain buat. Siapa yang kita nak sokong atau diberi restu, itu hak kita orang. Tak payah korang nak pertikaikan. Cukupalah apa yang korang dah lakukan kepada rakyat di negeri Selangor ini. Jangan Kajang ni pun korang nak musnahkan. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"