Monday, February 17, 2014

KEMUNCULAN SEMULA CHEW MEI FUN. DIAKAH CALON MCA DI KAJANG??

ISNIN, 17 FEBRUARI 2014

Kemunculan semua Datin Paduka Chew Mei Fun menjadi tanda tanya di kalangan ahli-ahli MCA. Perbualan kini semakin hangat dan ianya tertumpu kepada Datin Paduka Chew yang dikatakan kemungkinan akan dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang pada 23 March akan datang ini. Hingga kini, bila ditanya kepada orang-orang kuat di dalam MCA siapakah calon yang layak, mereka kata tak tahu. Masih dalam pencarian.  


Tapi, IBM sudah dapat menghidu, siapakah calon paling sesuai yang  bakal diletakkan oleh MCA di PRK Dun Kajang pada 23 March nanti. Bagi ahli-ahli MCA, ianya masih menjadi teka-teki sehingga kini. Semalam, IBM diberitahu oleh rakan lama dari MCA, sumber yang boleh diterima pakai, menyebut Timbalan Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal dipilih MCA untuk melawan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar kanan), bulan depan. Sementara itu ramai ahli-ahli MCA percaya mungkin tanda tanya itu akan terjawab petang semalam  apabila Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turun ke Kajang untuk melancarkan bilik gerakan MCA disana. 

IBM masih ingat, pada hari Khamis lalu, Tiong Lai mengesahkan partinya bakal bertanding di pilihan raya kecil itu dan tiga calon telah disenarai pendek termasuk seorang wanita serta dua calon muda. Sementara itu, dipihak Chew Mei Fun pula menolak spekulasi peluang kemenangannya bagi menentang Anwar kerana beliau menganggap tugasnya adalah untuk berusaha demi parti dan aspirasi BN. Oleh itu, beliau tidak meletakkan sebarang sasaran atau cuba mencari pengaruh sebagai calon. MCA seharusnya memilih seorang calon yang dilihat mempunyai sokongan kuat bukan sahaja dari dalam parti namun hingga ke akar umbi sebelum membuat keputusan.

Demi untuk kebaikan bersama,  tidak kira siapa pun ahli parti sama ada calon itu diperlukan oleh MCA atau adakah pemimpin yang dipilih boleh memenangi PRK atau tidak, mereka perlu menyokong kerana itulah yang diharapkan daripada ahli-ahli semua. Begitulah mengikut kata sumber dari kem MCA yang IBM dapat semalam.  Chew Mei Fun dilaporkan berkata, amat penting bagi MCA menjadi sebahagian daripada kumpulan pembangkang di Selangor tambahan pula apabila parti itu tidak mempunyai sebarang kerusi di negeri berkenaan. Maka, Jika beliau dinamakan sebagai calon, beliau akan menjadikannya sebagai  satu tuntutan dan tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik.

Itulah kata-kata semangat dari seorang pemimpin yang pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dimana segala pengalaman yang beliau ada akan diguna pakai di Kajang nanti sekiranya beliau terpilih sebagai calon dan sekali gus memenangi PRK DUN kajang. Sama-sama kita berdoa agar semua berjalan lancar dan buat yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) ~ Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...