Wednesday, May 14, 2014

ADUN BN TERENGGANU IKRAR SOKONG MB BARU. PAS TERUS MEROYAN. KESIAN!!

RABU, 14 MAY 2014
KEMPUNAN lagi PAS nampaknya. Sedang mereka berkira-kira nak mengambil alih pentadbiran di negeri Terengganu akibat kemelut dalaman UMNO, akhirnya, PAS hanya mimpi di siang hari. Alhamdulillah, BN/UMNO kekal menerajui Terengganu. Berita yang memgembirakan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu berikrar menyatakan sokongan  tidak berbelah bahagi kepada Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Ikrar menyokong kepimpinan Adun Seberang Takir itu dinyatakan wakil rakyat berkenaan dihadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan khas di Bangunan Perdana Putra hari ini, Rabu. 
Adun Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, kesemua Adun BN di Terengganu akan membantu Ahmad Razif meneruskan agenda pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat. Tidak ada lagi keretakan, malah perpaduan antara mereka makin kukuh. Apabila berlakunya isu ini dan selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin, mereka mendapat suntikan baharu. Hubungan mereka bertambah erat dan penuh kemesraan, katanya kepada pemberita hari ini. Terdahulu, DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin mengadakan pertemuan tertutup dengan Adun Terengganu yang diketuai Ahmad Razif bagi membincangkan mengenai kemelut politik yang melanda negeri itu sejak Isnin lalu. 
Bagaimanapun, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad tidak hadir pada pertemuan itu atas faktor kesihatan. Hadir sama, Speaker DUN Terenggau, Mohd Zubir Embong. Alhamdulillah, episod ngeri berakhir di Terengganu. UMNO Terengganu bercantum kembali demi untuk rakyat dan negara. PAS jangan marah, tunggu PRU ke-14 nanti. Kita berentap lagi. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...