Wednesday, May 14, 2014

AHMAD SAID BERCERAI DENGAN UMNO..TAPI TAK LAMA. RUJUK KEMBALI. ALHAMDULILLAH!

RABU, 14 MAY 2014
AHMAD SAID RUJUK KEMBALI KEPADA UMNO
ADA sesetengah pihak meratap dan jadi sasau apabila bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said rujuk kembali kepada Umno dan memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku. Tak payahlah IBM nak sebutkan pihak yang mana ye. Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi. Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini. 

Beliau mengetuai 14 ADUN ketika sidang akhbar berkenaan. Manusia mana yang tak buat silap. Pada hari itu mungkin mood DS Ahmad Said tidak  beberapa bagus. Maka, melenting le dia serta menanggung malu. Tapi..episod itusudah pun berakhir. Syukur semuanya sudah selesai dan kembali normal. Kepada Menteri Besar yang baru, mulakan kerja, turun padang selalu, tinjau dan dengar denyut nadi rakyat. Semoga degan berbuat demikian, rakyat Terengganu akan terus menyokong BN. Insyallah. Wasallam ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...