Friday, May 16, 2014

'DOKTOR KAKI LIMA' DICEKOP

JUMAAT, 16 MAY 2014
Pegawai Penguatkuasa Memeriksa Ubat Kuat Yang Di Jual Di Kaki Lima
Ramai di antara kita tidak sedar bahawa penjualan ubat kuat yang berluasa di ibu kota mendatangkan kemudaratan kepada pembelinya. Sudah seharusnya kita berwaspada, jangan kerana terlalu ghairah untuk kegunaan seks, tanpa berfikir panjang kita terus membelinya. Implakasinya amat-amatlah memudaratkan sekali. Pencegahan dari pihak yang berwajib perlu dibuat dan diteruskan. Langkah dimulakan oleh pihak yang berwajib semalam. Seorang ‘doktor kaki lima’ yang giat menjalankan perniagaan menjual ubat kuat dan pil perangsang seks di beberapa lokasi sekitar ibu negara terkedu apabila ditahan anggota Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) di hadapan sebuah hotel di Brickfields di sini, semalam. 

Lelaki tempatan berusia 40-an itu dikesan menjalankan perniagaan ubat kaki lima itu secara bergerak selain memilih lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti restoran dan pusat beli-belah.  Dalam serbuan jam 11.15 pagi itu, sebanyak 15 jenis pil perangsang seks dirampas disyaki diseludup dari China dan Indonesia.  Ketua Seksyen Risikan Operasi CPFKL Azarudin Aziz berkata, lelaki itu dikesan menjalankan perniagaan di beberapa lokasi di Brickfields setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum berpindah ke lokasi lain.

Waktu  malam, lelaki itu akan berniaga di Pasar Pudu, Plaza Kotaraya dan Pasar Seni, malah dia juga mengaku sudah ada pelanggan tetap terdiri daripada kalangan lelaki tempatan dan warga asing, katanya. Untuk tidak berlakunya lagi penjualan haram ini, pemantuan berterusan harus di lakukan oleh pihak yang berwajib. Ini kerana pemintaan pil-pil seperti ini amat-amat mengalakan dari orang ramai. Mereka langsung tidak menghiraukan akan kesan sampingannya. Apa yang mereka mahu, kepuasan. Tapi...tak puas mana pun. Kena tipu ada le. Oleh itu, jangan cuba-cuba ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...