Wednesday, May 14, 2014

MB BARU TERENGGANU MULAKAN TUGAS DAN JUMPA PM HARI INI. ALHAMDULILLAH!

RABU, 14 MAY 2014
Berita yang mengembirakan dari Terengganu setelah saat-saat yang mencemaskan yang berkemungkinan BN/UMNO akan hilang kuasa di Terengganu gara-gara Menteri Besar yang lama buat hal letak jawatan dan istihar keluar UMNO. Tapi, ianya dah selesai. Dengan itu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu secara rasmi pada pagi Rabu. Beliau memasuki pejabat Menteri Besar di Tingkat Enam, Wisma Datul Iman di Kuala Terengganu tepat pukul 7.45 pagi. Ahmad Razif berkata, beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri itu dijangka akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada pukul 1 tengah hari Rabu. 
Permulaan tugas Ahmad Razif sebagai ketua eksekutif baharu Kerajaan negeri Terengganu selepas pelantikan jawatan itu pada Isnin bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletakkan jawatan. Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada malam Isnin. Ahmad Razif merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir selama dua penggal sejak 2008. Nampaknya pembangkang berputih mata yang mana mereka sudah bersiap sedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana BN sudah kekurang kerusi DUN akibat beberapa orang wakil rakyatnya keluar parti.
Apapun selamat menjalankan tugas kepada Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif moga negeri Terengganu lebih berjaya didalam semua bidang dan rakyat semua akan lebih senang. Aminn! Wasallam ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...