Tuesday, May 13, 2014

UMNO TERENGGANU KINI GOYAH!! SEORANG LAGI ADUNNYA KELUAR UMNO

SELASA, 13 MAY 2014

APA sudah jadi dengan UMNO Terengganu ini? Terkini, seorang lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu mengumumkan keluar Umno, menjadikan jumlahnya tiga orang setakat pagi Selasa. Terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud (gambar atas) mengisytiharkan berbuat demikian, hanya beberapa jam selepas dua pemimpin negeri itu mengumumkan keluar parti. Roslee mengikut jejak Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal dan Adun Ajil, Ghazali Taib yang mengambil keputusan menjadi wakil rakyat Bebas. 

Dengan perkembangan terbaharu ini, BN kini menguasai 14 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu, begitu juga PAS sebanyak 14 kerusi, satu mewakili Parti Keadilan Rakyat  (PKR) dan  Bebas (3). Kritikal, memang kritikal ketika ini. Terdahulu pada petang Isnin, Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, manakala penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Adun Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan SultanTerengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, malam tadi, Isnin. 

Kepada UMNO pusat, apa perancangan selepas ini? Setuju ke nak buat kerajaan campuran dengan PAS? Dengar cerita ramai lagi ADUN UMNO yang akan keluar parti. Nampaknya riwayat UMNO di Terengganu akan berakhir. Salah siapa? Kepada UMNO pusat, tepuk dada tanya sendiri. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...