Friday, May 16, 2014

PEMILIHAN PKR 2014 : KESIAN KHALID GAGAP DISERANG AHLI CABANG

JUMAAT, 16 MAY 2014
Setiap hari, ada je cerita tentang parti anak beranak ni. Kecoh demi kecoh seperti tiada penyelesian. Hari ini suasana di perkarangan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya kecoh seketika apabila calon Timbalan Presiden Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim “diserang” secara lisan oleh ahlli cabang Kuala Selangor. "Khalid penipu! Khalid rasuah," sergah ahli cabang tersebut, Zulkifli Abdullah‎, kepada Khalid yang baru sahaja keluar daripada sidang media. Keadaan itu menyebabkan Khalid terpinga-pinga, namun terus bergegas menuju ke keretanya dan meninggalkan premis PKR. Kesian si Khalid gagap. Lantas, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut berada bersebelahan Khalid turut menenangkan ahli cabang tersebut. "Sudah, tenang," katanya. 
Zulkifli dipercayai bersama kumpulan calon ketua cabang Kuala Selangor, S. Manikavasagam, yang hadir ke pejabat PKR untuk mengemukakan surat ‎rayuan kerana digantung keahlian oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Zulkifli, ketika ditemui pemberita berkata, Khalid sebagai pemimpin Melayu tidak sepatutnya melakukan perkara yang bercanggah dengan tata etika lembaga parti. "Sebagai seorang pemimpin harus tampilkan sifat terpuji, dia hanya memalukan Kuala Selangor sahaja. "Dia tahu sudah kalah, dia buat strategi untuk membatalkan pemilihan," katanya yang mendakwa sudah membuat laporan polis terhadap Khalid beserta bukti rasuah.
 "JPP perlu siasat secara adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya. Ahad lalu, Manikavasagam mendakwa Khalid memberi wang kepada pengundi sebanyak RM50 seorang dan mendakwa mempunyai bukti rakaman video yang akan didedahkannya dalam laman web. "Saya menerima aduan pemilih diberi rasuah sebanyak RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua cabang Kuala Selangor," katanya. Khalid menafikan tuduhan itu, sebaliknya mengakui menaja pengangkutan bagi kemudahan pengundi ke tempat pusat mengundi. Ekoran itu, Khalid berkata pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah dan menyaman Manikavasagam kerana menuduhnya mengamalkan politik wang. 
Apapun, kita boleh melihat dengan mata kepala kita sendiri bahawa senario pemilihan PKR ini adalah pemilihan yang paling-paling kotor di dalam sejarah politik tanah air. Malu, memang memalukan. Tapi, pemimpin-pimpin atasan PKR tidak mengaku dan masih mempertahankan bahawa pemilihan parti mereka berjalan lancar. Malah, mereka menyalahkan pihak luar dan menuduh punca kekecohan pemilihan PKR kali ini. Inilah tabiat buruk parti anak-beranak ini. Sendiri buat taik, tuduh orang lain punca segala-galanya. Sememangnya ahli-ahli PKR ini telah termakan taik mereka sendiri. Padan muka. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...