"Saya masih perlu memikul tanggungjawab kerana saya merupakan pemain perseorangan pertama yang juga individu turun ke gelanggang. Sekiranya saya berjaya mengutip mata pertama buat pasukan, ianya pasti memberi keyakinan kepada beregu utama dan rakan pasukan lain bagi mencatat kemenangan," katanya sebelum berlepas ke New Delhi. Tambahnya lagi, persaingan kali ini lebih istimewa buat beliau berbanding saingan sebelum ini. "Saya dapat melihat sendiri dimana rakan pasukan rata-rata bersemangat walaupun rata-rata diantara mereka baru pertama kali beraksi dipentas Piala Thomas,"katanya.
Pemain perseorangan ketiga negara, Liew Daren akan menggalas tugas selaku ketua pasukan buat skuad Piala Thomas. Skuad Piala Thomas diletakkan dalam kumpulan C bersama Korea Selatan, Jerman dan India yang berlangsung di New Delhi sambil juara bertahan, China berada di kumpulan D diundi bersama Taiwan, Russia dan Perancis. Walaupun sukar untuk ke perlawanan akhir dan memenangi Pial Thomas ini, tapi, jika kesungguhan dan semangat tinggi yang di tunjukkan oleh pemain-pemain negara, insyallah ianya boleh berlaku. Tidak mustahil. Majulah sukan badminton untuk negara. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"


