Sunday, May 11, 2014

BERJAYAKAH AZMIN MEMPERTAHANKAN JAWATAN TIM. PRESIDEN PKR? MASIH BELUM SELESAI. TUNGGUUUU!

AHAD, 11 MAY 2014
KENYATAAN tidak rasmikan dari penyokong kuat Azmin Ali bahawa boss mereka selaku penyandang Timbalan Presiden PKR, disebut-sebut bakal diumumkan berjaya mempertahankan jawatannya dalam pengumuman rasmi pemilihan parti itu pada 20 Mei ini. Ini kerana jumlah undi terkini yang diperolehi Azmin terlalu jauh untuk dipintas oleh dua lagi pencabar iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Mengikut keputusan rasmi yang dikeluarkan Jumaat lalu, Azmin terus mendahului saingan dengan memperoleh 9,876 undi, diikuti Khalid yang mendapat 6,217 undi dan Saifuddin dengan 5,717 undi. Tapi, Tan Sri Khalid percaya beliau akan memperolehi kejayaan dan yakin akan dapat menewaskan Azmin Ali. 

Ini berdasarkan sambutan dan kesetian ahli-ahli PKR di Selangor ini berpihak kepada Tan Sri Khalid. Menurut sumber, pengundian yang berbaki di beberapa cabang dijangka terus menunjukkan penguasaan Azmin, tapi ianya masih belum selamat bagi Azmin. Tan Sri Khalid bila-bila masa boleh memintas Azmin sekali gus mememenangi dalam pemilihan ranting dan cabang PKR. Itu kata Khalid Brahim, bukan IBM kata.  Hari ini sepatutnya hari terakhir pengundian dengan keputusan penuh bakal diumumkan pada sebelah petang namun disebabkan masalah teknikal beberapa cabang PKR terpaksa mengadakan pemilihan semula. Beberapa cabang di Selangor akan mengadakan pemilihan semula pada Sabtu dan Ahad depan (17 dan 18 Mei), menyebabkan keputusan rasmi keseluruhan dijangka akan diumumkan pada 20 Mei ini. Apa pun kita tunggu sahaja lah. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...