Monday, September 7, 2015

TAK ADA APA-APA PUN. FITNAH PEMBANGKANG TIDAK MENJADI!

ISNIN, 07 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUANDAN SALAM SEHATI SEJIWA

FITNAH pembangkang untuk memecah-belahkan dalam keluarga Umno tidak menjadi. Segala fitnah dan rekaan mereka tidak menjadi. Kita semua tahu pembangkang dan banyak pihak menjangkakan suasana panas, mesyuarat pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas digugurkan daripada kabinet, bersama Umno hari ini sebaliknya berlangsung seperti biasa. "Tiada yang khusus dan tiada yang luar biasa," kata sumber dari Umno. Mesyuarat biro politik Umno yang berlangsung pada pagi ini juga berlangsung ringkas kira-kira sejam sahaja. Ahli biro politik Umno mengadakan perbincangan dengan memfokuskan kepada kelangsungan perjuangan parti, keadaan politik semasa dan perkembangan berkaitan mengenainya. 
Mesyuarat hari ini adalah platform biasa untuk biro itu bertemu dan berbincang, menurut sumber lagi. Selain Muhyiddin, naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang turut disingkirkan daripada kabinet sebelum ini turut hadir. Sebelum ini, mesyuarat hari ini dijangka panas memandangkan tersebar khabar angin sejak beberapa hari yang mendakwa beberapa pemimpin Umno akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Rabu ini. Sumber berkata perkara itu sekadar spekulasi semata-mata. 
Mesyuarat biro politik Umno dipengerusikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri berjalan dalam suasan yang tenang dan harmoni. Dengan berita ini, sudah tentu pembangkang dan pihak tertentu tak tidor lena. jarum dan fitnah mereka tidak menjadi. Allah SWT mengetahui segala-galanya. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"UMNO TETAP RELEVAN. UMNO TETAP PEMBELA RAKYAT"

9 comments:

  1. MEMANG UMNO PEMBELA RAKYAT TAPI KAPTEN KAPAL TU .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ tarantula,

      Salam
      Kapten Kapal tu manusia. Mana ada manusia yg sempura....

      Delete
    2. Mana ada manusia yg 'sempurna'...

      Delete
    3. Setuju benor dgn tuan admin yang sungguh budiman,

      Mana ada manusia yang sempurna...walaupun kapten kapal tu tak sempurna tapi aku cukup bangga dgn dia sebab hanya dia seorang sahaja kapten kapal yang berjaya mendapatkan derma yang berbillion-billion.Kapten lain takda ar,tu sebab kapten yang lepas berasa tersangatlah cemburu kat dia.

      Delete
    4. ibm ~ adib hakeemi,

      Kapten kapal tu menyusahkan keluarga cow ke? berapa byk duit keluarga cow telah kapten tu kebas? Sebenarnya cow yg cemburu kot....knp le cow x belajar tinggi. boleh jadi mcm kapten kala tu...hubhuhuhu...

      Delete
    5. Salam tuan admin yang budiman,

      Aik!Tuan admin diserang senggugut lagi ke?Mana ada dalam komen saya yang menghina kapten kapal tu,komen saya tu kan memuji berdasarkan fakta pe bukan auta.Tuan admin, kalau saya belajar setinggi langit pun saya tak dapat menandingi kebijaksanaan kapten kapal tu sebab hanya dia sorang je memiliki ilmu yang cukup hebat. Pembaca nak tahu tak ilmu apa yang dia ada?Ya pembaca semua ilmu yang dia ada adalah ilmu melayarkan kapal ketika sauh sudah dilabuhkan....orang lain takda ar ilmu macam tu...huhuhuhu....

      Delete
  2. Kalau dah tak sempurna kenapa mesti disimpan.
    Gantikan...naper payah sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut yang mengganti takde billion-billion bro,susahlah nak cari makan nanti.

      Delete
    2. ibm ~ Rahim Satria,

      Next election cow bertandinglah ye. Cakap mengalahkan Menteri. entah2 mcm tin kosong...bunyi je lebih, isi tak ada....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...