Wednesday, June 1, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

01 JUN


PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS) DITUBUH DENGAN RASMINYA
Tarikh Peristiwa : 01.06.1981
Pada hari ini dalam tahun 1981, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah ditubuhkan dengan rasminya. Sebelum penubuhannya, sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional ini telah dibentuk pada 26 Julai 1980 oleh kerajaan. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk merangka dan merancang penubuhan FINAS disamping mengkaji tentang rancangan-rancangan untuk memajukan perusahaan filem negara. Jawatankuasa ini juga telah bertanggungjawab merangka akta yang kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen sebagai Akta 244, Akta Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada tahun 1981. Matlamat penubuhan FINAS ialah untuk membangun, memelihara dan mengembangkan industri perfileman di Malaysia. Pada awal penubuhannya FINAS telah diketuai oleh Tan Sri Abdul Samad Idris sebagai pengerusinya dan Encik Ismail Zan selaku Timbalan Pengerusi merangkap Ketua Pengarah FINAS bersama 10 orang ahli Lembaga Pengurus. Sesungguhnya, penubuhan FINAS telah memberi nafas baru kepada kemajuan dunia perfileman di Malaysia seiring dengan kemerdekaan negara yang telah mencapai usia 50 tahun.

DIUCAPKAN SELAMAT MEMBACA KEPADA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN - IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...