Friday, June 3, 2011

Perlancaran Album " PM Kita"

DARI MEJA IBM :


Assalamu'alaikum w.b.t salam ukhwah dan salam sejahtera

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Generasi muda perlu menghayati dan didedahkan lagu yang mencerminkan tahap kepimpinan kemasyarakatan serta semangat patriotisme tinggi selaras dengan gagasan 1 Malaysia.

Menteri Penerangan komunikasi dan Kebudayan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, lagu sedemekian mamu meningkatkan kesedaran golongan itu mengenai jasa serta perjuangan pemimpin terdahulu dan sedia ada untuk membangunkan negara.

Beliau berkata semasa pelancaran album 'PM Kita'. Jesteru, beliau berkata semua stesen radio dan televisyen akan diminta menjayakan langkah Kerajaan mempromosikan lagu berkenaan dengan menyiarkannya.

Lagu 'PM Kita' hasil ciptaan dan di nyanyikan sendiri oleh ND Lala

Album khas terbitan bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu mempunyai sepuluh lagu bertemakan cinta kepada negara serta menghormati pemimpin, dengan dua lagu iaitu 'PM Kita' dan 'Rumah Kita' di tujukan khas kepada Perdana Menteri serta kesedaran mempertahankan negara.

Kesemua lagu dicipta penyanyinya sendiri iaitu Amir Hamzah atau ND Lala yang terkenal dengan nyanyian bertemakan pemimpin serta kehidupan seorang wakil rakyat. Sementara itu, menurut ND Lala, beliau mendapat ilham menulis lagu tersebut selepas melihat situasi yang melanda beberapa negara yang sedang bergolak.

IBM : Tak sabar nak dengar lagu ni......:)
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...