Saturday, June 4, 2011

Khalid gagap kaki penyamun, rampas tanah PJS1..

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA


SHAH ALAM - Jelas sekali Tan Seri Abdul Khalid atau lebih dikenali lagi dengan nama jolokannya 'Khalid gagap' telah menunjukkan taringnya sejak dia menjadi Menteri Besar Selangor. Beliau juga di kenali dengan nama 'Raja Pasir.' Pasti kita masih ingat akan cerita kecurian pasir yang berluasa di negeri Selangor. Dalangnya adalah si gagap ini.

Memang sejak menarajui Kerajaan negeri Selangor, kekayaan demi kekayaan telah di kecap oleh si gagap ini. Kalau dibiarkan Pakatan Rakyat berkuasa lagi di PRU ke-13 nanti, akan muflislah negeri Selangor, dan akan kaya rayalah si Khalid Ini.

Terbaru, beliau telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah seluas 11 ekar di PJS1 bagi memastikan rumah mampu milik dan sekolah dapat dibina di tana tersebut. Itu kata dia, tapi mungkin dia ada agenda yang lain. Melalui Setiausahanya beliau mengeluarkan arahan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling agar Notis 7A mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara diberikan kepada pemilik-pemilik tanah itu, iaitu Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sdn Bhd.

Mengikut rekod, tanah itu diberi oleh Kerajaan Negeri pada tahun 80-an kepada dua syarikat berkenaan dengan harga RM100 seekar untuk tujuan pembangunan bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut.

Maklumat yang Kerajaan negeri dapat, bahawa Syarikat Peter Brickworks Sdn Bhd dipilih oleh Bank Negara Malaysia untuk memajukan tanah tersebut. Itu yang membuat Khalid gagap merasakan beliau di sisih. Beliau juga berkata, kerajaan negeri berasa kesal kerana pemilik tanah gagal menyokong kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian menyeluruh untuk menyediakan rumah mampu milik.

IBM : Si gagap ni nak menambahkan lagi koleksi kekayaanya lah tu, apa lagi. Jelas, kalau dia dapat menarik hidung pemilik-pemilik tanah tersebut, dan juga kontraktor yang memajukan tanah tersebut...wauuuu.!!...kaya..kaya..kayaaaa, bertambah gagap le lagi di Khalid ni. Kepada rakyat negeri Selangor, dah sedar ke.?...atau masih di lamun mimpi ? Sendiri mahu ingat la, dan fikir-fikirkan......


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...