Saturday, June 4, 2011

Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

"DAULAT TUANKU"

Semoga Allah Lanjutkan Usia

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI
AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH


YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA 30 KEK SEMPENA HARI KEPUTERAAN

KUALA LUMPUR: 04 Jun Yang di-Pertuan Agong Tuanku, Mizan Zainal Abidin semalam menerima persembahan 30 kek sempena ulang tahun keputeraan baginda yang disambut hari ini daripada pelbagai pihak, ke-banyakannya hotel.

Antara kek yang dipersembahkan kepada baginda di Balairong Seri Istana Negara di sini ialah yang bertemakan Malaysia sebuah negara harmoni daripada Pusat Konvensyen Kuala Lumpur seberat 105kg ber- perisa manisan buah badam bersalut coklat dan juga kek buah berkonsepkan kapal Bugis daripada Boustead Hotels and Resort seberat 45kg.

Persembahan kek merupakan acara tahunan setiap kali sam-butan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Hari Raya Aidilfitri. Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Hotel lain yang turut menghadiahkan kek pelbagai bentuk dan rasa ialah Federal Hotels International, Ri-Yaz Heritage Marina Resort and Spa, Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur, Hotel Kosmopolito International Group, Hotel Holiday Villa and Suites Subang, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Hotel One World, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Palace of the Golden Horses, rangkaian Hotel Hilton, Hotel Maya, Grand Millennium Kuala Lumpur, Park Royal Kuala Lumpur.

Hotel International Kuala Lumpur, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Renaissance Kuala Lumpur, Sunway Resort Hotel and Spa, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, The Zon Regency Hotel by The Sea, Hotel Equatorial Kuala Lumpur, Hotel Istana, YTL Luxury Hotel and Resort Impiana KLCC Hotel and Spa, dan Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur.

Berjaya Universiti College of Hospitality, Universiti Teknologi Mara dan Malaysian Airlines turut mempersembah-kan kek masing-masing kepada Seri Paduka.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...