Thursday, June 2, 2011

Anwar cari jalan nak cabut..? kes liwat tertangguh lagi.....

DARI MEJA IBM :
SUMBER : UMNOLINE.COM


ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

KUALA LUMPUR, 2 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menfailkan pemohonan ketiganya supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya dan menuntut satu perintah untuk perbicaraan dihadapan Hakim yang lain.

Ini merupakan percubaan ketiganya selepas dua percubaanya sebelum ini ditolak oleh hakim. anwar menfailkan pemohonan itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi pada pukul 10:30 pagi melalui firma peguam Tetuan Karpal Singh & Co. Dalam pemohonannya, Anwar menyatakan bahawa Mohamad Zabidin bersikap berat sebelah dan silap dalam mentafsir peruntukan seksyen 182A (1) dan (2) kanun prosedar jenayah.


Selain daripada menuntut satu perintah mengundurkan diri dan perbicaraan semula, Anwar juga menuntut satu perintah supaya jaminan terhadapnya disambung sementara menunggu perkara itu didengar oleh hakim lain dan perintah-perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Anwar memfailkan permohonan itu dengan satu afidavit sokongan yang disahkannya.

Dalam afidavit itu, ketua pembangkang itu menyatakan bahawa selepas berunding dengan para peguamnya, Anwar berpendapat bahawa beliau akan dinafikan perbicaraan yang adil dan keputusan Mohd Zabidin dalam memerintahkannya untuk membela diri hanya semata-mata ‘formaliti kosong’.

Peguamnya Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa Seksyen 182A jelas menyatakan bahawa hakim perbicaraan di akhir kes pendakwaan hanya untuk menentukan sama ada pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie ata utidak.

“Hakim diperlukan untuk memberi keputusan yang lebih jelas selepas mendengar kedua-dua pihak pada peringkat pembelaan dan pendakwaan dan bukan pada akhir ke spendakwaan,” katanya.

Karpal berkata Mohamad Zabidin akan mendengar permohonan itu Isnin depan dan jika hakim menolak permohonan itu, pihak pembelaan akan menuntut supaya keputusan itu ditangguhkan sebelum membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan.

“Terdapat duluan bagi permohonan seperti ini, di mana mahkamah biasanya membenarkannya sementara menunggu rayuan,” kata Karpal.

Pada 16 Mei, Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes ini, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai.

Dalam keputusannya, Mohamad Zabidin berkata testimoni Mohd Saiful adalah selaras dengan saksi-saksi pakar bahawa terdapat penetrasi zakar.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun,tahun yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam Anwar, S.N. Nair memberitahu pemberita bahawa pihak pembelaan setakat ini hanya menyoal lima daripada 25 saksi.

Katanya antara saksi-saksi itu ialah bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar dan bekas pegawai perubatan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Dr Mohd OsmanAbd Hamid.

Nair berkata pihak pembelaan juga akan mendapatkan bantuan pihak pendakwaan bagi menemu bual Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebaik sahaja selepas mahkamah memerintahkan Anwar untuk membela diri, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abbiden menawarkan 72 saksi kepada pihak pembelaan termasuk Najib dan Rosmah.

IBM : Letih di buatnya. Asyik tangguh, tangguh, bila nak habisnya..? Memang si Anwar ni kaki putar belit dan sedang mencari idea macamana nak cabut, kemungkinan ke luar negara..?


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...