DARI MEJA IBM :
Panassss!!!
Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.
SHAH ALAM - Penyebaran FITNAH dalam dunia politik yang berselindung dibalik nama agama boleh menjadi punca utama keruntuhan sesebuah kerajaan. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sejarah lampau perlu dijadikan panduan apabila banyak tamadun Islam musnah akibat salahguna agama dalam politik seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Usman bin Affan.
Dr. Mohd Asri adalah salah seorang panelis di wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam, semalam. Menurutnya lagi, penggunaan fitnah sebagai senjata politik dapat dilihat di Malaysia di mana golongan politik sejak dulu lagi kerap menyalahgunakan agama untuk menarik sokongan orang ramai. Katanya lagi, orang politik mesti sedar yang menjadi tunjang kehidupan rakyat boleh digunakan untuk mempengaruhi orang ramai bagi mencapai kepentingan politik sesebuah parti itu.
Tiga panelis yang mengambil bahagian. Dr. Mohd Asri (kiri), Nasruddin (tengah) dan Khairy Jamaluddin (kanan)
Wacara yang membincangkan tajuk 'Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman' yang dikendalikan oleh pensyarah Universiti Islam antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik menyaksikan pendebatan tiga tokoh jemputan, iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan, dan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin.
Wacana siri 4 ini adalah anjuran akhbar Sinar Harian, berjalan dengan baik dan harmoni walaupun agak hangat juga, menunjukkan titik mula debat UMNO dan Pas. Bagi pandangan saya, wacana seperti ini perlu di teruskan lagi supaya kesannya dapat dilihat kepada golongan muda kerana kebanyakkannya mereka lebih suka menilai sesuatu isu menurut dari sudut luaran sahaja. Tahniah kepada penganjur, Sinar Harian, Wacana yang mendapat sambutan hebat.